Berikut adalah senarai aktiviti dan program saya dalam sebulan.
Jadual tetap kuliah agama dalam seminggu
Isnin- 9.30 am -usrah Muslimat
7.30 pm -Kuliah maghrib Surau Hj Ya
Selasa- 7.30 pm -Kuliah Maghrib Surau kubang Tangga
Khamis- 7.30 pm Kuliah Maghrib Surau Hj Hashim
Program / Aktiviti dalam sebulan
Mesyuarat
Read the rest of this entry »
pada 7 mac 2010(semalam) genaplah setahun bantahan Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP) dan rakyat malaysia yang cintakan bahasa ibunda. Sambutan ulang tahun gerakan tersebut juga telah diadakan di ibukota.[link]
Apapun saya rasa bangga kerana turut serta dalam demontrasi ‘aman’ tersebut walaupun baru pulih dari serangan saraf yang menyebabkan bola mata kanan menjadi ‘juling’ dan tidak boleh bergerak ke arah kanan.
Saya masih ingat, tembakan gas pemedih mata dan semburan water canon pada hari tersebut terkena mata mataku yang baru sembuh.
Read the rest of this entry »
Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.
Read the rest of this entry »
Khabbab ra. ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menanggung kesusahan yang paling dahsyat di jalan Allah swt. Beliau telah memeluk Islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, beliau menanggung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau dipakaikan dengan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau dibaringkan di atas panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada belakang badannya terbakar lalu tertanggal.
Read the rest of this entry »