10 Tips Beli Kereta Terpakai Dengan Cara Terbaik & Selamat

Tips beli kereta terpakai

Membeli kereta terpakai (second hand) tidak semestinya menghadapi risiko yang tinggi sama ada kenderaan tersebut rosak atau sebaliknya. Tetapi jika anda betul dengan cara dan petua, ia boleh menjimatkan wang anda serta lebih menguntungkan.

Apa yang penting, jika anda ingin membeli kereta terpakai, anda wajib mengetahui tips terbaik dan cara membelinya dengan kaedah yang selamat dan betul untuk mengelak daripada ditipu.

Banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat pembelian kenderaan terpakai termasuklah dari segi jenama, harga dan banyak lagi.

Dan anda perlu bijak memilih kereta terpakai kerana jika tersalah pilih mungkin ada kos tersembunyi lain yang perlu dibayar.

Tips Membeli Kereta Terpakai Yang Betul

Cara beli kereta second hand

Di sini kami kongsikan beberapa tips terbaik untuk membeli kereta terpakai untuk anda yang berhasrat mendapatkan sebarang kenderaan yang anda inginkan dengan cara yang selamat.

Sila fahami petua berguna ini sebelum membuat pembelian kereta terpakai dan berikut adalah langkah penting untuk mengelakkan anda ditipu.

Dan diingatkan supaya tidak terlalu tergesa-gesa ketika membeli, sebaiknya ambil masa yang mungkin untuk membuat pemeriksaan kenderaan sehingga anda berpuas hati.

1. Pembelian Dari Direct Owner

Jika kereta tersebut dibeli daripada pemilik terus atau pemilik asal, adalah lebih baik dan segala maklumat berkaitan kenderaan itu pastinya dapat diperoleh daripada pemiliknya.

Sekiranya anda berpeluang untuk berunding dengan pemilik, anda harus tahu kemahiran berunding supaya anda boleh membeli dengan harga yang lebih murah atau diskaun yang tinggi.

Sebelum membuat sebarang rundingan, apa kata anda belajar dahulu cara berunding dengan penjual kereta dari sumber tertentu seperti artikel dari laman Google atau Facebook.

2. Membeli Mengikut Kemampuan

Apabila anda membeli kereta tanpa kemampuan atau gaji bulanan, sudah pasti ia akan membebankan kerana anda tidak mampu untuk membayar kereta terpakai.

Sebaik-baiknya, beli sahaja kereta dengan nilai 15% daripada jumlah gaji dan tambah lagi 15% daripada gaji untuk kos pembayaran setiap bulan.

Jika kadar bayaran bulanan melebihi 15% sudah pasti menyusahkan anda secara peribadi kerana masalah tidak cukup wang kerana sudah pasti banyak kos tersembunyi untuk kenderaan dipindahkan.

Adalah lebih baik anda menetapkan bajet mengikut kemampuan anda sendiri dan pastikan harga kereta terpakai tidak melebihi gaji tahunan anda.

Jika anda mempunyai gaji bulanan RM2700 dan harga kereta terpakai yang ingin dibeli mestilah tidak melebihi RM32,400 iaitu RM2700 X 12 bulan.

3. Pemeriksaan Sejarah Kereta

Tip membeli kereta terpakai

Kereta yang dijual dengan harga murah biasanya mempunyai sejarah tersendiri. Sila semak kenderaan sama ada ia telah terlibat dalam kemalangan atau seperti berikut:

  • Pernah accident
  • Pernah bertukar milik
  • Ada ditenggelami banjir
  • Alatan dalam kereta
  • Pernah ada sejarah modified atau tidak
  • Periksa baki hutang
  • Pilih kenderaan yang mudah dijaga
  • Kenderaan teknologi terkini
  • Luaran kereta samada ada lekuk atau karat
  • Buka pintu kereta boleh guna atau tidak
  • Buka bonet depan dan belakang
  • Check bahagian dalaman kereta
  • Duduk di bahagian pemandu
  • Cuba goyangkan stereng
  • Selak permaidan lantai depan dan belakang
  • Perhatikan setiap sudut pada pintu dan tingkap

Dengan pemeriksaan seperti ini, anda pasti akan mengetahui apa masalah kenderaan tersebut, jika tiada masalah boleh buat kajian seterusnya.

4. Usia Kereta Yang Ingin Dibeli

Anda harus mencari kereta terpakai yang tidak terlalu uzur dan disarankan agar anda tidak membeli kereta yang berumur lebih dari 10 tahun.

5. Buat Pemeriksaan Enjin

Bahagian enjin kenderaan adalah perkara paling penting yang perlu anda ambil perhatian. Sila semak petak enjin untuk menandakan.

Apabila proses pemasangan kenderaan dilakukan di kilang kenderaan, pasti komponen akan ditanda menggunakan pen marker.

Tindakan ini dibuat untuk memaklumkan atau menjelaskan bahawa komponen kenderaan telah ditanda dan dipasang dengan betul mengikut keperluan yang ditetapkan.

Namun, untuk pengetahuan anda, kenderaan yang telah dibaiki akibat terlibat dalam kemalangan biasanya tidak akan mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

Dari situ, anda boleh tahu kenderaan yang anda ingin beli sama ada mempunyai sejarah kemalangan atau pernah dibaiki sebelum ini.

5. Semakan Mileage Melalui Service Center

Jika anda membeli kereta terpakai daripada syarikat yang menjual kereta terpakai, anda hanya perlu mencari pusat servis untuk jenama kenderaan tersebut.

Contohnya Perodua, sila ketahui bila kali terakhir kereta dihantar untuk servis di pusat servis dengan menyemak kilometer terakhir kenderaan tersebut.

Mileage untuk kereta terpakai hendaklah kurang dari 100,000 KM, jika kurang lagi bagus dan terbaik kerana semakin kurang jarak perjalanan, semakin kurang penggunaan kereta.

6. Periksa Body Kereta

Panduan untuk beli used car

Sila periksa badan kenderaan dengan mengetuk badan, jika kemalangan yang melibatkan panel badan tidak serius, kebiasaannya, ia akan dibaiki dengan mengetuk badan sahaja.

Jika lapisan permukaan dipulihkan menggunakan simen khas dan perlu dicat semula, bunyinya tidak sama dengan panel badan asal.

Manakala jika dibaiki di pusat servis kenderaan, pastinya panel badan akan diganti dengan yang baharu pada bahagian tersebut.

7. Cari Kereta Yang Jimat Bahan Api

Dengan kemajuan teknologi masa kini, banyak kenderaan direka untuk menjimatkan penggunaan bahan api mengekalkan kuasa enjin yang terbaik dan lebih selesa untuk digunakan.

Antara yang terbaik adalah seperti VVT, VVTi, Dual VVTi dan iVTEC yang boleh anda gunakan sambil menjimatkan wang dan dengan enjin yang selamat digunakan.

8. Tahap Keselamatan Yang Terdapat Pada Kenderaan

Tahap keselamatan adalah antara perkara utama yang perlu diambil kira walaupun dalam kereta terpakai ini kerana anda akan menggunakannya setiap hari dan perlu berhati-hati.

Salah satu petua terbaik untuk mengetahui tahap keselamatan yang terdapat pada kereta terpakai yang ingin anda beli adalah dengan memiliki perkara berikut:

  • Beg udara (Air Bag)
  • Brek anti kunci ABS
  • Electronic Stability Control
  • ISOFIX untuk kerusi baby
  • Ruang bagasi yang luas
  • Diiktiraf oleh Asean NCAP

9. Buat Pandu Uji

Tak salah kalau buat test drive masa nak beli kereta. Beberapa perkara yang anda boleh tahu jika cuba memandu kereta.

Antaranya ketika menekan minyak untuk memecut, ketika selekoh tajam dan jika pecah lopak atau jalan berlubang, perkara itu akan memberi jawapan.

10. Buat Penilaian dan Perbandingan Dengan Sabar

Semestinya membeli kereta terpakai tidak semudah membeli kereta baharu kerana banyak perkara yang perlu dinilai kerana kereta tersebut telah digunakan sebelum ini.

Berbeza pula dengan kenderaan baharu yang semuanya dalam keadaan baharu dan anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuat perbandingan dari segi kualiti dan keadaan.

Jadi, luangkan masa yang layak untuk membuat perbandingan dan penilaian sama ada mahu membelinya atau tidak. Kadangkala transaksi pembelian kereta terpakai mengambil masa lebih dari bulan.

Sebagai pembeli, anda berhak menghargainya kerana wang anda sendiri untuk dibelanjakan. Jadi harap bersabar dan luangkan masa untuk meneliti kenderaan tersebut.

Cara Membeli Kereta Terpakai

Cara membeli kereta terpakai sama ada secara tunai atau tanpa slip gaji dan dari pemilik asal adalah dengan kaedah yang betul dan bijak supaya tiada penipuan berlaku.

Caranya ialah ikuti tips yang dikongsikan serta beberapa cara yang turut disertakan di sini untuk memudahkan anda membelinya.

Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman dan beberapa maklumat sahih dari laman Facebook serta daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam berurusan dengan kereta terpakai.

  • Pilih kereta yang berkualiti
  • Jenama kenderaan yang terkenal
  • Maintenance penjagaan yang rendah
  • Harga kereta yang berpatutan
  • Tiada hutang dengan pihak bank
  • Kaji selidik tentang model
  • Spesifikasi enjin yang baik
  • Cari maklumat kebaikan dan kelebihan
  • Kos servis yang murah
  • Pastikan dokumen yang lengkap
  • Lulus PUSPAKOM untuk tukar hak milik

Berikut adalah penerangan tentang cara-cara nak beli kereta second hand dengan kaedah yang tepat dan cepat.

Kesimpulan

Sebenarnya masih banyak tips untuk membeli kereta terpakai yang terbaik, sedangkan yang dikongsikan hanyalah sedikit yang difikirkan perlu untuk anda yang ingin membuat pembelian.

Walau bagaimanapun, anda juga harus ingat bahawa kereta terpakai kadangkala mempunyai kos tersembunyi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada mulanya.

Oleh itu, sila lakukan semakan dengan betul dan sistematik serta luangkan masa yang anda perlukan untuk menyemak segala-galanya sebelum anda berunding dengan penjual tentang harga dan sebagainya.

Semoga perkongsian tips membeli kereta terpakai dapat membantu anda yang ingin mendapatkan kenderaan tersebut dengan mudah tanpa menghadapi sebarang masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.