Bagi mereka yang pendapatan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan, anda boleh memohon Bantuan Zakat Kecemasan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mulai hari ini.
Untuk memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP, anda perlu mengisi borang permohonan melalui laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/. Namun, sekiranya anda pernah memohon bantuan zakat di MAIWP melalui talian hotline Whatsapp, anda tidak boleh lagi memohon.
Ini kerana seperti yang dilaporkan di laman web Berita Harian, mereka yang membuat permohonan berkemungkinan permohonan mereka ditolak bagi mengelak pertindihan maklumat selepas membuat permohonan semula.
Berikut adalah cara memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP sempena Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua penduduk terjejas pendapatan yang tinggal di Wilayah Persekutuan sahaja.
Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP
1. Masuk ke laman ebaitulmal dan klik pada Pengguna Baru untuk mendaftar nama bagi pertama kali menggunakan sistem ebaitulma
Semua pemohon perlu mengisi semua butiran termasuk kata laluan yang akan digunakan nanti untuk tujuan pendaftaran atau akses semula ke dalam sistem.
Sila ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Pastikan anda mengisi semua ruang untuk memenuhi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan.
2. Sila masukkan nombor kad pengenalan bersama kata laluan yang telah didaftarkan dan klik butang Log Masuk.
Pastikan anda klik pada tab Maklumat Pemohon untuk melengkapkan borang permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP.
3. Anda perlu mengisi setiap medan yang perlu memasukkan semua butiran dan maklumat peribadi anda bersama maklumat akaun serta medan muat naik dokumen yang diperlukan.
4. Di bahagian ini anda perlu memuat naik semua dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan iaitu salinan kad pengenalan, bil air atau api, penyata bank terkini dan surat atau dokumen berkaitan dalam format PDF, JPG, JPEG, atau GIF.
5. Sila ikut langkah seterusnya seperti yang dinyatakan di bawah, anda perlu mengemaskini tanggungan atau menambah tanggungan.
6. Selepas melengkapkan semua maklumat yang diperlukan anda perlu menyerahkan borang permohonan bantuan dengan mengikuti langkah seterusnya seperti di bawah.
7. Kemukakan permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP seperti di bawah.
8. Seelok-eloknya sebelum menghantar, anda hendaklah menyemak permohonan supaya tidak berlaku kesilapan terutama dalam pengisian maklumat.
Dapatkan manual pengguna yang menunjukkan cara memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP di sini. Pastikan lagi, hanya mereka yang layak dan tinggal di Wilayah Persekutuan sahaja yang boleh memohon bantuan ini.
Semoga permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP anda berjaya dan diluluskan. Semoga bantuan ini juga dapat meringankan beban mereka yang sangat memerlukan.
kredit to: Bukitbesi Blog