Cara Buat Nasi Impit Homemade Guna Plastik Mudah & Jimat

cara buat nasi impit homemade

Inilah cara cepat dan mudah untuk membuat nasi impit sendiri di rumah. Paling penting, ia sangat menjimatkan dan tidak perlu membazir membeli segera atau siap. Mulai sekarang anda boleh cuba buat sendiri menggunakan plastik sahaja.

Nasi impit Kuah kacang sangat terkenal dan biasanya dibuat pada musim perayaan iaitu Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha. Siapa yang tak biasa makan kan? Jom lihat perkongsian cara membuat nasi impit sendiri menggunakan plastik daripada Puan Fauziah Amin.

Ini adalah cara buat nasi impit sendiri di rumah lagi cepat dan mudah. Yang paling penting ia sangat menjimatkan dan tak perlu membazir beli yang instat atau ready made. Mulai sekarang anda boleh cuba buat sendiri dengan guna plastik saja.

Cara Buat Nasi Impit Homemade

Cara buat nasi himpit guna plastik

Puan Fauziah berkata, jika membuat nasi impit, ibunya lebih gemar membuatnya sendiri dan tidak gemar membelinya di kedai kerana kadangkala nasi impit itu keras dan tidak menepati citarasa.

Kalau dulu buat nasi impit guna daun kelapa iaitu ketupat nasi tapi lepas kahwin mak mertua ajar buat nasi impit guna plastik, Alhamdulillah sangat mudah dan cantik, lembut selepas siap.

Untuk bahan-bahan membuat nasi buatan sendiri ini juga sangat mudah dan mengikut kreativiti masing-masing. Antaranya beras, ruji, air dan plastik tahan panas. Kalau pakai plastik biasa akan berkedut kan?

Basuh beras hingga bersih dan toskan. Kalau guna plastik kecik bila masak nampak comel sangat. Saya menggunakan plastik 5×8, besar dan mudah.

cara merebus nasi impit cepat

Lipat dalam hujung plastik seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah dan kemudian stapler. Ada juga yang menggunakan lidi, boleh dan tidak salah.

resepi homemade nasi impit

Sukatan beras hanya separuh atau 1/2 daripada plastik seperti dalam gambar di bawah.

cara buat nasi impit sendiri

Kemudian, buat lubang pada plastik dengan garfu atau lidi sate. Jangan sekali-kali menggunakan pisau kerana plastik pasti akan koyak.

nasi impit manual

Cara rebus nasi impit dalam masa dua jam, itu yang paling cepat. Kalau lebih lama lagi elok sebab nasi impit tak cepat basi.

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Terengganu

guna plastik

Jenis nasi juga memainkan peranan penting jika ingin membuat nasi impit homemade dan saya menggunakan beras seperti dalam gambar di bawah iaitu beras Sekinchan Best yang dibeli di kedai Speedmart 99.

beras terbaik

Bagaimana? Mudah sangat nak buat nasi impit sendiri guna plastik aiskrim. Mulai sekarang boleh buat dan makan nasi impit kuah kacang atau apa sahaja gabungannya setiap hari, tak perlu tunggu musim raya baru nak makan.

Semoga perkongsian resepi atau cara membuat nasi impit homemade yang dikongsikan oleh Puan Fauziah Amin dapat membantu memudahkan urusan kerja anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.