Cara Buka Akaun Semasa Syarikat CIMB Bank (Current Account)

Ramai yang mengatakan agak sukar untuk membuka akaun bank syarikat kerana prosedurnya agak membosankan dan memerlukan introducer. Sebenarnya cara membuka akaun semasa bank CIMB agak mudah, tidak seperti bank lain.

Anda cuma perlu tahu syarat yang ditetapkan oleh setiap bank untuk membuka akaun semasa syarikat dan sesetengah bank memang memerlukan introducer. Malah ada bank yang tidak memerlukan introducer untuk membuka akaun bank syarikat iaitu CIMB.

Di Malaysia, terdapat banyak bank yang membenarkan mereka yang mempunyai perniagaan dan syarikat sendiri membuka akaun semasa peribadi. Terdapat banyak kelebihan dan faedah jika anda mempunyai akaun semasa di bank terpilih.

Cara Membuka Akaun Semasa CIMB

Biasanya mana-mana bank sekalipun, syarat utama untuk membuka akaun semasa memerlukan jumlah deposit tertentu, daftar SSM untuk syarikat anda sama ada Enterprise atau Sdn Bhd dan juga introducer.

Bagi memudahkan anda yang tercari-cari cara membuka akaun semasa CIMB, kami kongsikan cara membuka akaun syarikat di bank ini mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Syarat Pembukaan Akaun Syarikat di CIMB Bank

Syarat membuka akaun bank syarikat di CIMB sangat mudah dan cepat kerana tidak perlu introducer dan deposit RM1000 sahaja. Sebenarnya cara mendaftar akaun semasa CIMB lebih mudah dengan mengisi borang secara online.

Syarat pembukaan akaun semasa CIMB adalah dengan mempunyai sijil SSM syarikat yang telah didaftarkan, deposit sebanyak RM1K dan isi borang online di CIMB Online Business Current Account.

1. Jika anda membuat akaun semasa CIMB secara online, berikut adalah contoh gambar laman web CIMB Berhad untuk pendaftaran akaun bank peribadi atau untuk perniagaan anda. Sila klik APPLY.

2. Kemudian, skrin berikut akan muncul dan anda perlu mengisi borang untuk mendaftar akaun semasa peribadi anda. Sila berhati-hati semasa mengisi maklumat perniagaan.

3. Selepas mendaftar dan mendapat kelulusan daripada bank CIMB untuk pendaftaran akaun bank syarikat anda, anda perlu log masuk ke laman berikut, iaitu CIMB Biz Channel.

Baca : Cara Beli Rumah Tanpa Deposit

Sebagai alternatif, anda juga boleh pergi ke cawangan CIMB terdekat untuk membuka akaun Semasa untuk perniagaan atau syarikat anda. Deposit minimum untuk membuka Akaun Semasa ialah RM1,000 sahaja.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti yang berikut:

Sole-Proprietorship

  • Kad Pengenalan Pemilik Syarikat
  • Borang Pendaftaran Syarikat A atau B + D

Partnership

  • Kad Pengenalan Kesemua Rakan Kongsi
  • Borang Pendaftaran Syarikat A atau B + D
  • Bank’s Partnership Mandate Form

Limited Companies (Sdn Bhd)

Salinan yang telah disahkan:

  • Pengesahan daripada Lembaga Pengarah (ditandatangani/diperakui oleh “Setiausaha Syarikat”) untuk membuka akaun dan senarai penandatangan yang diberi kuasa
  • Borang 24- “Pulangan Peruntukan Saham”
  • Borang 49-Butiran Pengarah.
  • “Memorandum & Tataurusan Persatuan – Sijil Pemerbadanan”
  • Sijil “Kuasa” (untuk Public Ltd. Co. sahaja).
  • Salinan Kad Pengenalan semua penandatangan yang diberi kuasa

Untuk makluman anda juga, untuk membuka Akaun Semasa Perniagaan anda perlu menyediakan Introducer iaitu individu yang telah mempunyai Akaun Semasa CIMB sekurang-kurangnya 6 bulan.

Jika tiada introducer, kriteria berikut mesti ada jika anda ingin membuka akaun semasa. Sila rujuk perkara berikut:

1. Untuk akaun individu, salah satu syarat di bawah mesti dipenuhi:

a) Anda telah berjaya membuat pengesahan biometrik MyKad; atau

b) Bagi anda yang belum berjaya membuat pengesahan biometrik Mykad atau bagi anda yang tidak mempunyai Mykad, dua pengesahan pengenalan berikut hendaklah disertakan:

I. Lesen Memandu; atau

ii. Sijil Beranak; atau

iii. Passport; atau

iv. Bil Utiliti

2. Bagi anda yang mempunyai akaun aktif di CIMB dalam tempoh 3 bulan yang lepas; atau

3. Bagi pembukaan akaun semasa bagi tujuan pembayaran gaji, surat daripada majikan (pelanggan CIMB) hendaklah disertakan bersama.

(b) Bagi bukan individu – Contoh – perniagaan/organisasi, salah satu syarat di bawah mesti dipenuhi:

(i) Penyata akaun bank 3 bulan terkini perniagaan/organisasi (mana-mana bank dan jenis akaun); atau

(ii) Sekurang-kurangnya 2* pemegang akaun perniagaan (contoh – rakan kongsi untuk akaun “perkongsian”, pengarah syarikat sendirian berhad/swasta) berjaya membuat pengesahan biometrik MyKad; atau

NOTA: Untuk pemilik tunggal, hanya pemilik yang perlu disahkan.

(c) Bagi pemilik perniagaan yang tidak berjaya melengkapkan pengesahan biometrik Mykad atau bagi pelanggan yang tidak memiliki Mykad, dua pengesahan pengenalan berikut hendaklah dilampirkan:

I. Lesen Memandu; atau

ii. Sijil Beranak; atau

iii. Pasport; atau

iv. Bil Utiliti

(iii) Bagi individu yang tidak mempunyai akaun yang aktif di CIMB dalam tempoh 3 bulan terkini.

Cara Buat Akaun Semasa CIMB Online

Sekian sahaja maklumat cara membuka akaun semasa CIMB untuk tahun 2020 untuk anda yang mempunyai perniagaan sama ada kedai, perniagaan online, syarikat sendiri dan sebagainya.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *