Cara Semak Bil TNB Online Payment (Portal & MyTNB)

Cara semak bil elektrik TNB

Panduan menyemak bil elektrik TNB secara online sama ada melalui portal rasmi Tenaga Nasional Berhad atau melalui aplikasi MyTNB dan SMS yang disediakan khas untuk semua pelanggannya.

Cara menyemak bil pembayaran TNB sangat mudah dengan memasang aplikasi dan melayari laman web yang boleh anda gunakan pada bila-bila masa tidak kira di mana anda berada, semuanya di hujung jari.

Pembayaran secara online amat digalakkan dan menjimatkan masa kerana anda tidak perlu lagi ke setiap kedai TNB untuk membayar bil elektrik yang dikenakan setiap bulan.

Lebih-lebih lagi, pada masa ini musim PKP kita sedang menghadapi pandemik Covid-19 dan tiada penghantaran bil bercetak yang dikeluarkan oleh TNB dan bil boleh dibayar secara dalam talian.

Cara Semak Bil TNB Via Portal dan Aplikasi MyTNB

Check My TNB Portal

Untuk makluman, anda boleh mendapatkan salinan bil terkini TNB melalui portal www.mytnb.com.my atau aplikasi MyTNB yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

Berikut adalah cara-cara untuk menyemak jumlah baki bayaran dalam akaun TNB anda melalui aplikasi MyTNB langkah demi langkah bermula dari pendaftaran hingga ke bahagian pembayaran.

1. Muat Turun Aplikasi MyTNB

Sila muat turun aplikasi pada telefon pintar anda mengikut versi dan jenis telefon, sama ada Android atau iPhone (iOS) serta jenama Huawei.

2. Register Account

Selepas memuat turun dan membuka aplikasi MyTNB, sila daftar mengikut apa yang diperlukan dalam aplikasi untuk mengaktifkan akaun dan berikut adalah langkah seterusnya:

  • Isi maklumat yang diminta
  • Nama sebenar dalam akaun TNB
  • Premis atau rumah yang diduduki
  • Anda bersetuju dengan Terma & Syarat

Untuk lebih mudah, anda boleh melihat tutorial yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad tentang cara mendaftar akaun melalui aplikasi, mengesahkan acc melalui sms, bil pembayaran dalam talian dan melalui video berikut:

3. Add Account

A. Selepas pendaftaran, anda perlu memasukkan nombor akaun TNB di bahagian Tambah Akaun.

B. Masukkan nombor akaun TNB 12 digit kemudian sila sahkan bahawa semua maklumat adalah tepat dan benar.

C. Anda juga boleh mengimbas kod bar pada bil elektrik anda. Tolong periksa.

D. Jika akaun anda adalah atas nama anda sendiri, sila pilih Ya dan jika sebaliknya, pilih Tidak.

E. Untuk menambah akaun TNB lain seperti rumah sendiri, rumah sewa, kedua, premis perniagaan atau sebagainya, sila klik tambah akaun yang dipaparkan.

4. Bil dan Maklumat Akaun

Apabila anda telah berjaya memasukkan akaun bil elektrik serta segala maklumat yang diperlukan, maka segala butiran berkaitan jumlah bil dan sebagainya boleh dilihat pada paparan skrin seperti:

  • Lihat Bil
  • Bayar Bil (Online Payment)
  • Pay Your Bill & Bill Payment
  • Hantar Maklum Balas

Untuk membayar bil TNB adalah semudah ABC dengan hanya menggunakan pelbagai kaedah seperti menggunakan kad kredit, kad debit atau perbankan internet dalam talian iaitu Financial Process Exchange (FPX).

Melalui SMS

Untuk semakan dan pendaftaran bil juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas iaitu SMS dengan menaip semua butiran peribadi dan nombor akaun bil elektrik anda seperti berikut dan hantar ke 15454.

1. Taip REG atau DFTR seperti gambar di bawah.

2. Hantar ke talian TNB Careline berikut 15454

3. Masukkan semua butiran yang diperlukan, iaitu:

  • Nama
  • Negeri
  • Kad Pengenalan
  • Nombor Akaun Bil
TNB online payment

JomPAY Online Payment

Selain itu, kaedah lain untuk membayar bil elektrik adalah dengan JomPAY dalam sistem perbankan internet dalam talian melalui akaun bank pilihan anda dan pastikan kod bil TNB adalah betul seperti berikut:

  • Biller code : 5454
  • Ref-1 : Your TNB Account Number

Semakan Melalui Website Rasmi

Untuk menyemak segala maklumat berkaitan bil elektrik melalui portal MyTNB juga amat mudah dan boleh terus membuat pembayaran secara online serta status pembayaran dan sejarah pembayaran terdahulu.

1. Pertama sekali, layari laman web TNB: https://myaccount.mytnb.com.my/.

2. Sila daftar jika anda belum mendaftar atau teruskan login jika anda sudah mempunyai akaun.

3. Anda juga boleh terus menyemak bil tanpa mendaftar dengan mengklik Pembayaran Ekspres.

4. Seterusnya masukkan nombor akaun 12 digit yang tertera pada bil elektrik anda.

5. Kemudian, sahkan identiti dengan mengklik Saya Bukan Robot.

6. Jumlah bayaran bil akan dipaparkan selepas nombor akaun dimasukkan.

7. Anda boleh terus membuat pembayaran dalam talian dengan mengklik butang BAYAR.

Anda amat digalakkan untuk terus mendaftar akaun TNB kerana bil elektrik dikeluarkan pada setiap bulan dan anda boleh terus memantau setiap harga ringgit dan sen dalam akaun tersebut.

Sila daftar akaun dengan memasukkan semua maklumat peribadi anda melalui pautan Daftar Sekarang dan Buat Akaun dan ikuti serta masukkan semua butiran yang diminta semasa dalam borang pendaftaran akaun TNB.

Tempahan Online TNB Appointments

Sekiranya anda perlu ke cawangan Kedai Tenaga yang berhampiran atas urusan tertentu, anda perlu membuat permohonan tempahan temu janji secara online sebelum ke premis tersebut.

Isi borang yang disediakan melalui pautan berikut https://www.mytnb.com.my/tnbtemujanji anda perlu masukkan semua maklumat berkaitan termasuk tarikh yang dipilih untuk temujanji di kaunter.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan Tenaga Nasional Berhad, anda boleh terus menghubungi pihak berkenaan melalui Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan di talian hotline atau alamat e-mel berikut:

CareLine at 1-300-88-5454
Email us at tnbcareline(@)tnb.com.my

Weekdays: 8.00 AM – 7.00 PM
Weekend & Public holiday: 8.00 AM – 5.00 PM

Diharap perkongsian cara menyemak bil elektrik TNB melalui aplikasi MyTNB dan cara-cara membuat pembayaran secara online dapat memudahkan urusan anda semua, semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.