Cawangan JPJ Negeri Pahang (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Cawangan JPJ Negeri Pahang

Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di negeri Pahang dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi UTC.

Sekiranya anda mempunyai sebarang urusan berkaitan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan serta yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, anda boleh ke cawangan terdekat.

Manakala bagi kaunter JPJ di UTC (Pusat Transformasi Bandar) waktu operasi dengan kaunter utama agak berbeza dan anda perlu lihat jadual perkhidmatan yang dikongsikan di bawah.

Senarai Cawangan JPJ Negeri Pahang

Di negeri Pahang hanya terdapat 7 cawangan terbesar Jabatan Pengangkutan Jalan yang boleh anda kunjungi serta di kaunter UTC JPJ seperti berikut:

Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang

Kompleks JPJ, Jalan IM 14/10
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Telefon: 09-573 6622
Faks: 09-573 3051
Koordinat: 3.836413, 103.287238

Cawangan Temerloh

Taman Perindustrian Temerloh
28400 Mentakab
Telefon: 09-277 3322
Faks: 09-277 2233
Koordinat: 3.453122, 102.351039

Cawangan Raub

Km. 4, Jalan Cheroh
27600 Raub
Telefon: 09-355 1039
Faks: 09-355 6918
Koordinat: 3.818052, 101.846201

Cawangan Bentong

Taman Datuk Shah Bandar Hussin
28700 Bentong
Telefon: 09-222 2300
Faks: 09-222 7933
Koordinat: 3.532304, 101.905082

Cawangan Muadzam Shah

Jalan Masjid
26700 Muadzam Shah
Telefon: 09-452 2541
Faks: 09-452 3198
Koordinat: 3.052034, 103.090272

Cawangan Jengka

26400 Bandar Pusat Jengka
Telefon: 09-466 4597
Faks: 09-467 5025
Koordinat: 3.744832, 102.558125

Pejabat JPJ Cameron Highlands

Blok A, Lot No. 2 & 3,
(Tingkat Bawah & Tingkat 1),
Marigold Square,
39007 Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang.
Telefon : 05-491 4073
Faksimili : 05-491 2791
Koordinat: 4.473428, 101.380057

Waktu Operasi Kaunter JPJ Pahang

HariWaktu KaunterRehatWaktu Kaunter
Isnin – Khamis8.00 AM – 1.00 PM1.00 PM – 2.00 PM2.00 PM – 4.00 PM
Jumaat8.00 AM- 12.15 PM12.15 PM – 2.45 PM2.45 PM – 4.00 PM

Pejabat JPJ UTC Kuantan

2-19, Bangunan UTC Pahang
Jalan Stadium
25200 Kuantan
Telefon : 09-512 4046
Faksimili : 09-512 4045
Koordinat: 3.813152, 103.324665

Waktu Operasi Kaunter UTC Pahang

HariWaktu KaunterRehatWaktu Kaunter
Isnin – Khamis8.00 AM – 9.00 PM
Jumaat8.00 AM – 12.00 PM1.00 PM – 2.45 PM2.45 PM – 9.00 PM
Sabtu – Ahad8.00 AM – 5.00 PM

Perkhidmatan di JPJ

Pejabat JPJ Kuantan

Untuk maklumat lanjut berkaitan transaksi dalam talian seperti semakan saman, memohon lesen memandu dan sebagainya, anda boleh layari pautan portal JPJ:

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan di semua kaunter cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi seluruh negeri Pahang.

  • Permohonan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Permohonan Salinan LKM
  • Gantian Perakuan (RC)
  • Sambungan Perakuan Pendaftaran
  • Permohonan Pertukaran Hak Milik
  • Lesen Memandu Baharu (P ke CDL)
  • Bayaran Kompaun
  • Permit Pemandu Antarabangsa
  • Pembatalan Tuntuk E-hakmilik
  • Kemaskini Maklumat Peribadi
  • Pindaan Alamat Pemilik
  • Permohonan ID Awam Individu
  • Bayaran Balik LKM

Semoga perkongsian senarai cawangan JPJ di negeri Pahang Darul Makmur beserta alamat lokasi, nombor telefon, faks dan koordinat dapat membantu memudahkan urusan anda.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.