Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di negeri Perlis dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi UTC terdekat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang urusan berkaitan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan serta yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, anda boleh ke cawangan terdekat.
Manakala bagi kaunter JPJ di UTC (Pusat Transformasi Bandar) waktu operasi dengan kaunter utama agak berbeza dan anda perlu lihat jadual perkhidmatan yang dikongsikan di bawah.
Senarai Cawangan JPJ Negeri Perlis
Di negeri Perlis hanya terdapat satu cawangan terbesar Jabatan Pengangkutan Jalan yang boleh anda kunjungi serta di kaunter UTC JPJ seperti berikut:
Jabatan Pengangkutan Jalan Perlis
Jalan Jejawi Permatang
02600 Arau, Perlis
No Telefon: 04-976 0122 / 04-976 0097 / 04-976 6370 / 04-976 6361
Faks: 04-9760911
Koordinat: 6.443108, 100.234145
Waktu Operasi Kaunter JPJ Perlis
Hari | Waktu Kaunter | Rehat | Waktu Kaunter |
Ahad – Rabu | 7.45 AM – 1.00 PM | 1.00 PM – 2.00 PM | 2.00 PM – 4.30 PM |
Khamis | 7.45 AM- 12.00 PM | 1.00 PM – 2.00 PM | 2.00 PM – 3.30 PM |
INFO : Hanya urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pembaharuan lesen memandu sahaja.
Pejabat JPJ UTC Perlis
No. 2, Tingkat 2
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Jalan Seri Sena 3
01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi Kaunter UTC Perlis
Hari | Waktu Kaunter | Rehat | Waktu Kaunter |
Ahad – Khamis | 8.00 AM – 9.00 PM | – | – |
Jumaat | 8.00 AM- 12.00 PM | 12.00 PM – 2.45 PM | 2.45 PM – 5.00 PM |
Sabtu | 8.00 AM – 5.00 PM | – | – |
Perkhidmatan di JPJ
Untuk maklumat lanjut berkaitan transaksi dalam talian seperti semakan saman, memohon lesen memandu dan sebagainya, anda boleh layari pautan portal JPJ:
Berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan di semua kaunter cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi seluruh negeri Perlis.
- Permohonan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
- Permohonan Salinan LKM
- Gantian Perakuan (RC)
- Sambungan Perakuan Pendaftaran
- Permohonan Pertukaran Hak Milik
- Lesen Memandu Baharu (P ke CDL)
- Bayaran Kompaun
- Permit Pemandu Antarabangsa
- Pembatalan Tuntuk E-hakmilik
- Kemaskini Maklumat Peribadi
- Pindaan Alamat Pemilik
- Permohonan ID Awam Individu
- Bayaran Balik LKM
Semoga perkongsian senarai cawangan JPJ di negeri Perlis Indera Kayangan beserta alamat lokasi, nombor telefon, faks dan koordinat dapat membantu memudahkan urusan anda.
kredit to: Bukitbesi Blog