Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di Negeri Sembilan dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi UTC terdekat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang urusan berkaitan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan serta yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, anda boleh ke cawangan terdekat.
Manakala bagi kaunter JPJ di UTC (Pusat Transformasi Bandar) waktu operasi dengan kaunter utama agak berbeza dan anda perlu lihat jadual perkhidmatan yang dikongsikan di bawah.
Senarai Cawangan JPJ Negeri Sembilan
Di Negeri Sembilan hanya terdapat 3 cawangan terbesar Jabatan Pengangkutan Jalan yang boleh anda kunjungi serta di kaunter UTC JPJ seperti berikut:
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan
KM. 5.5, Jalan Seremban – Tampin,
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Telefon: 06-6752150
Faks: 06-6777800
Koordinat: 2.686962, 101.970362
Cawangan JPJ Serting / Jempol
Bandar Sri Jempol
72100 Jempol
Phone Number: 06-4582157
Koordinat: 2.888381,102.409176
Cawangan JPJ Kuala Pilah
Jalan Melang
72000 Kuala Pilah
Contact Number: 06-4811180
Faks: 06-4818344
Koordinat: 2.735717,102.231269
Waktu Operasi Kaunter JPJ Negeri Sembilan
Hari | Waktu Kaunter | Rehat | Waktu Kaunter |
Isnin – Khamis | 8.00 AM – 1.00 PM | 1.00 PM – 2.00 PM | 2.00 PM – 4.00 PM |
Jumaat | 8.00 AM- 12.15 PM | 12.15 PM – 2.45 PM | 2.45 PM – 4.00 PM |
INFO : Hanya urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pembaharuan lesen memandu sahaja.
Pejabat JPJ UTC Seremban
UTC Ampangan
Plaza Angsana
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Telephone : 06-760 4400 (UTC)
Waktu Operasi Kaunter UTC Negeri Sembilan
Hari | Waktu Kaunter | Rehat | Waktu Kaunter |
Isnin – Khamis | 8.00 AM – 6.00 PM | – | – |
Jumaat | 8.00 AM – 12.15 PM | 1.00 PM – 2.45 PM | 2.45 PM – 6.00 PM |
Sabtu – Ahad | 8.00 AM – 5.00 PM | – | – |
Perkhidmatan di JPJ
Untuk maklumat lanjut berkaitan transaksi dalam talian seperti semakan saman, memohon lesen memandu dan sebagainya, anda boleh layari pautan portal JPJ:
Berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan di semua kaunter cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi semua negeri di Negeri Sembilan.
- Permohonan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
- Permohonan Salinan LKM
- Gantian Perakuan (RC)
- Sambungan Perakuan Pendaftaran
- Permohonan Pertukaran Hak Milik
- Lesen Memandu Baharu (P ke CDL)
- Bayaran Kompaun
- Permit Pemandu Antarabangsa
- Pembatalan Tuntuk E-hakmilik
- Kemaskini Maklumat Peribadi
- Pindaan Alamat Pemilik
- Permohonan ID Awam Individu
- Bayaran Balik LKM
Semoga perkongsian senarai cawangan JPJ di Negeri Sembilan Darul Khusus beserta alamat lokasi, nombor telefon, faks dan koordinat dapat membantu memudahkan urusan anda.
kredit to: Bukitbesi Blog