Cawangan JPN Kuala Lumpur (Jabatan Pendaftaran Negara)

Jabatan Pendaftaran Negara Kuala Lumpur

Berikut adalah senarai cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan termasuk alamat lokasi, nombor telefon, faks dan waktu operasi kaunter RTC, UTC dan pejabat.

Jabatan Pendaftaran Negara adalah jabatan yang diuruskan oleh KDN dan bertanggungjawab menentukan status kerakyatan setiap individu yang tinggal di Malaysia.

Malah segala maklumat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan, perceraian dan anak angkat, jabatan ini akan mengeluarkan dokumen seperti kad pengenalan yang melambangkan identiti seseorang dan sebagainya.

Selain ibu pejabat yang boleh dilawati atau portal, anda juga boleh pergi ke cawangan-cawangan terdekat sekiranya anda mempunyai urusan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JPN seperti:

  • Kelahiran
  • Warganegara
  • Kad Pengenalan
  • Perkahwinan
  • Penceraian
  • Kematian
  • Pengangkatan

Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kuala Lumpur

Cawangan JPN KL Contact Number

Cawangan Ibu Pejabat Negeri

Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas 1,
50551 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-6201 1106/03-6205 7600/03-6205 7686/03-6205 7688
Faks: 03-6201 1108

Cawangan Hospital Kuala Lumpur
Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Hospital Kuala Lumpur,
50586 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2698 4451
Faks: 03-2692 9840

Cawangan JPN Mini UTC Keramat
Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Mini UTC Keramat,
Aras 1, Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4251 0589
Faks: 03-4251 0710

Cawangan UTC Pudu Kuala Lumpur
Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Kuala Lumpur,
Aras 2,Wisma UTC, Jalan Pudu (Pudu Sentral),
55100 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2026 1996
Faks: 03-2026 2022

Cawangan Taman Maluri
Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Taman Maluri,
Lot 154.1.7 – 154.1.10,
Kompleks Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras,
55100 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-9285 8264/03-9282 8261
Faks: 03-9284 8267

Cawangan Bandar Tun Razak
Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Tun Razak,
Pusat Komersial Komuniti,
Lot 51020, Jalan 26/117A,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-9171 4000/03-9171 1359
Faks: 03-9171 2951

Cawangan Seputeh
Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Seputeh,
Lot 5.003A, Kompleks Perniagaan Endah Parade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-9057 3452/03-9057 3439
Faks: 03-9057 3427

Cawangan Kepong
Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kepong,
Lot 2.01 – 2.07,
Tingkat 2, Kompleks Desa, Jalan Kepong,
52100 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-6274 7460/03-6274 8352
Faks: 03-6274 7584

Waktu Operasi Kaunter JPN KL

HariWaktu KaunterRehatWaktu Kaunter
Isnin – Khamis8.30 AM – 12.00 PM1.00 PM – 2.00 PM2.00 PM – 5.00 PM
Jumaat8.30 AM – 12.15 PM12.15 PM – 2.45 PM2.45 PM – 5.00 PM

Waktu Operasi Kaunter UTC

HariWaktu KaunterRehatWaktu Kaunter
Hari Berkerja8.00 AM – 9.00 PM
Hari Minggu8.00 AM – 12.00PM12.00 PM – 2.45 PM2.45 PM – 5.00 PM

* Tertakluk kepada Pengurusan UTC dan Arahan Pihak Berkuasa Negeri

Perkhidmatan JPN Online

Anda juga boleh melayari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyemak maklumat lanjut permohonan atau pendaftaran dan sebagainya secara online serta menyemak maklumat lain seperti berikut:

  • Sistem MyTemuJanji
  • Pendaftaran Kelahiran
  • Status Permohonan MyKid
  • Semakan Status Kad Pengenalan
  • Gantian Kad
  • Memohon MYKAD, MYPR & MYKAS

Pusat Perkhidmatan Pelanggan

Berikut adalah saluran yang boleh digunakan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan, teguran, komen, cadangan dan teguran kepada JPN sama ada melalui telefon atau online:

  • Nombor Telefon (03-88807077)
  • Hadir ke Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN
  • Surat Menyurat
  • Faks (03-88808288)
  • Emel (@jpn.gov.my) : pro
  • Laman Web (SiSPAA): https://jpn.spab.gov.my
Kesimpulan

Semoga perkongsian senarai cawangan JPN seluruh Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dapat membantu dan memudahkan urusan anda dengan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *