Berikut adalah senarai cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi semua daerah di negeri Perlis termasuk alamat lokasi, nombor telefon, faks dan waktu operasi kaunter RTC, UTC dan pejabat.
Jabatan Pendaftaran Negara adalah jabatan yang diuruskan oleh KDN dan bertanggungjawab menentukan status kerakyatan setiap individu yang tinggal di Malaysia.
Walaupun dengan segala maklumat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan, perceraian dan anak angkat, jabatan ini akan mengeluarkan dokumen seperti kad pengenalan yang melambangkan identiti seseorang dan sebagainya.
Selain ibu pejabat yang boleh dilawati atau portal, anda juga boleh pergi ke cawangan-cawangan terdekat sekiranya anda mempunyai urusan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JPN seperti:
- Kelahiran
- Warganegara
- Kad Pengenalan
- Perkahwinan
- Penceraian
- Kematian
- Pengangkatan
Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Perlis
Cawangan Ibu Pejabat Negeri
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perlis,
Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN),
Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.
Telefon : 04-979 5200
Faks : 04-976 7622
Cawangan UTC Kangar
Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Perlis
Aras G, Blok B, Pusat Tranformasi Bandar (UTC)
01000, Kangar, Perlis
Telefon : 04-9708970
Faks : 04-9708992
Waktu Operasi Kaunter JPN Negeri Perlis
Hari | Waktu Kaunter | Rehat | Waktu Kaunter |
Isnin – Khamis | 8.30 AM – 12.00 PM | 1.00 PM – 2.00 PM | 2.00 PM – 5.00 PM |
Jumaat | 8.30 AM – 12.15 PM | 12.15 PM – 2.45 PM | 2.45 PM – 5.00 PM |
Waktu Operasi Kaunter UTC
Hari | Waktu Kaunter | Rehat | Waktu Kaunter |
Hari Berkerja | 8.00 AM – 9.00 PM | – | – |
Hari Minggu | 8.00 AM – 12.00PM | 12.00 PM – 2.45 PM | 2.45 PM – 5.00 PM |
* Tertakluk kepada Pengurusan UTC dan Arahan Pihak Berkuasa Negeri
Perkhidmatan JPN Online
Anda juga boleh melayari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyemak maklumat lanjut permohonan atau pendaftaran dan sebagainya secara online serta menyemak maklumat lain seperti berikut:
- Sistem MyTemuJanji
- Pendaftaran Kelahiran
- Status Permohonan MyKid
- Semakan Status Kad Pengenalan
- Gantian Kad
- Memohon MYKAD, MYPR & MYKAS
Pusat Perkhidmatan Pelanggan
Berikut adalah saluran yang boleh digunakan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan, teguran, komen, cadangan dan teguran kepada JPN sama ada melalui telefon atau online:
- Nombor Telefon (03-88807077)
- Hadir ke Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN
- Surat Menyurat
- Faks (03-88808288)
- Emel (@jpn.gov.my) : pro
- Laman Web (SiSPAA): https://jpn.spab.gov.my
Kesimpulan
Semoga perkongsian senarai cawangan JPN seluruh negeri Perlis Indera Kayangan dapat membantu dan memudahkan urusan anda dengan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
kredit to: Bukitbesi Blog