Berikut adalah senarai cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negeri Terengganu termasuk alamat lokasi, nombor telefon, faks dan waktu operasi kaunter RTC, UTC dan pejabat.
Jabatan Pendaftaran Negara adalah jabatan yang diuruskan oleh KDN dan bertanggungjawab menentukan status kerakyatan setiap individu yang tinggal di Malaysia.
Malah segala maklumat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan, perceraian dan anak angkat, jabatan ini akan mengeluarkan dokumen seperti kad pengenalan yang melambangkan identiti seseorang dan sebagainya.
Selain ibu pejabat yang boleh dilawati, anda juga boleh ke cawangan-cawangan terdekat sekiranya anda mempunyai urusan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JPN seperti:
- Kelahiran
- Warganegara
- Kad Pengenalan
- Perkahwinan
- Penceraian
- Kematian
- Pengangkatan
Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu
Cawangan Ibu Pejabat JPN Negeri
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Terengganu,
Tingkat 2, Wisma Persekutuan,
20551 Kuala Terengganu.
Telefon : 09-630 1031, 09-630 1039
Faks : 09-623 0839
Cawangan JPN UTC Terengganu
Jabatan Pendaftaran Negara,
L2-UTC-03, Kompleks Paya Bunga Square,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu.
Telefon : 09-6244330, 09-6226841
Faks : 09-6244331
Cawangan JPN Daerah Besut
Jabatan Pendaftaran Negara,
Tingkat Bawah, Bangunan Gunasama Persekutuan,
Kampong Raja, 22200 Besut,
Terengganu
Telefon : 09-695 5328, 09-695 5329
Faks : 09-695 5330
Cawangan JPN Daerah Setiu
Jabatan Pendaftaran Negara,
Bangunan Pendaftaran,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.
Telefon : 09-609 2082
Faks : 09-609 2083
Cawangan JPN Daerah Marang
Jabatan Pendaftaran Negara,
Lot 6934, Kampung Kijing,
21600 Marang, Terengganu
Telefon : 09-618 7070, 09-618 7071
Faks : 09-618 7072
Cawangan JPN Daerah Hulu Terengganu
Jabatan Pendaftaran Negara,
Bangunan Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Telefon : 09-682 5061, 09-682 5062
Faks : 09-682 5060
Cawangan JPN Daerah Dungun
Jabatan Pendaftaran Negara,
Lot 9997, Tingkat Bawah & 1,
Bangunan Sura Gate Business Centre,
23000 Dungun, Terengganu
Telefon : 09-848 3003, 09-848 1939
Faks : 09-845 6404
Cawangan JPN RTC
Jabatan Pendaftaran Negara,
Cawangan RTC Al-Mutakfi Billah Shah,
Bandar Al-Muktafi Billah Shah,
23400 Dungun, Terengganu
Telefon : 09-822 3022, 09-822 3020
Faks : 09-822 3021
Cawangan JPN Bandar Baru Kerteh
Jabatan Pendaftaran Negara,
Bandar Baru Kerteh,
Lot 4, Bandar Sri Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman, Terengganu.
Telefon : 09-826 0180
Faks : 09-826 0182
Waktu Operasi Kaunter JPN Terengganu
Hari | Waktu Kaunter | Rehat | Waktu Kaunter |
Ahad – Rabu | 8.30 AM – 1.00 PM | 1.00 PM – 2.00 PM | 2.00 PM – 5.00 PM |
Khamis | 8.30 AM – 1.00 PM | 1.00 PM – 2.00 PM | 2.00 PM – 3.00 PM |
Waktu Operasi Kaunter UTC
Hari | Waktu Kaunter | Rehat | Waktu Kaunter |
Hari Berkerja | 8.00 AM – 12.00 PM | 12.00 PM – 2.45 PM | 2.45 PM – 9.00 PM |
Hujung Minggu | 8.00 AM – 12.00 PM | 12.00 PM – 2.45 PM | 2.45 PM – 5.00 PM |
* Tertakluk kepada Pengurusan UTC dan Arahan Pihak Berkuasa Negeri
Perkhidmatan JPN Online
Anda juga boleh melayari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyemak maklumat lanjut permohonan atau pendaftaran dan sebagainya secara online serta menyemak maklumat lain seperti berikut:
- Sistem MyTemuJanji
- Pendaftaran Kelahiran
- Status Permohonan MyKid
- Semakan Status Kad Pengenalan
- Gantian Kad
- Memohon MYKAD, MYPR & MYKAS
Pusat Perkhidmatan Pelanggan
Berikut adalah saluran yang boleh digunakan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan, teguran, komen, cadangan dan teguran kepada JPN sama ada melalui telefon atau online:
- Nombor Telefon (03-88807077)
- Hadir ke Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN
- Surat Menyurat
- Faks (03-88808288)
- Emel (@jpn.gov.my) : pro
- Laman Web (SiSPAA): https://jpn.spab.gov.my
Kesimpulan
Semoga perkongsian senarai cawangan JPN seluruh negeri Terengganu Darul Iman dapat membantu dan memudahkan urusan anda dengan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
kredit to: Bukitbesi Blog