Masalah sukar tidur nyenyak dan mahu memejamkan mata pada waktu malam pastinya menimpa ramai orang. Lebih-lebih lagi yang stress atau memang perlu tidur tapi tak mudah nak tidur.
Lebih memeningkan kepala, kalau esok hari bekerja dan sudah tentu, kalau tidur lambat akan bangun lewat. Wajah akan kelihatan lesu, letih dan tidak bermaya. Akhirnya, tertidur di tempat kerja, pejabat dan sebagainya.
Sukar tidur adalah sejenis penyakit yang dikenali sebagai Insomnia yang menyerang semua golongan tidak kira jantina dan tua atau muda dan tidak kira agama sama ada Islam atau sebaliknya.
Mereka yang menghadapi Insomnia iaitu sukar tidur sehingga sering berjaga sepanjang malam. Ada juga yang langsung tidak boleh tidur dan kadang-kadang sampai subuh baru boleh tidur lena dengan mimpi indah.
Bagaimanapun, menurut kajian doktor, punca sukar tidur biasanya dikaitkan dengan gangguan tekanan emosi iaitu tekanan dan terlalu memikirkan masalah tertentu yang mengganggu fikiran.
Doa Agar Mudah Tidur Lena
Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk mengatasi insomnia dan boleh tidur lena tanpa gangguan walaupun menghadapi masalah atau tekanan dengan keadaan sekeliling.
Antara cara menangani masalah Insomnia seperti yang dinyatakan oleh Aktivis Dakwah, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, ialah dengan mengamalkan bacaan doa bagi memudahkan tidur seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat.
Sahabat Rasulullah yang dikenali sebagai Zaid Bin Tsabit ini berdepan dengan masalah sukar tidur yang agak teruk. Kemudian, dia membaca doa ketika dia sukar tidur untuk sahabat kesayangannya itu.
Jika anda rasa susah sangat nak tidur walaupun dah macam-macam cara tapi masih tak lena, boleh baca doa yang dikongsikan di bawah ini yang dipetik dari Kitab Al Adzkar karangan Imam An Nawawi.
Inilah doa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Zaid Bin Tsabit setelah Zaid mengadu kepada Nabi dan mengatakan bahawa baginda tidak dapat tidur lena atau sukar tidur malam.
Selepas Zaid mengamalkan bacaan doa ini supaya mudah mengantuk dan lena, Zaid dapat tidur yang cukup seperti biasa dan gangguan tidur malam yang dihadapinya pun hilang.
Doa untuk memudahkan tidur ini juga boleh dibaca untuk menidurkan bayi dan diikuti dengan bacaan ayat kursi atau ayat-ayat al-Quran yang lain. Jangan lupa berzikir dan selawat kepada anak anda.
Ruqyah Tidur
Dengan izin Allah, sesiapa yang mengamalkan kaedah doa mudah tidur yang dikongsikan oleh Ustaz pasti akan dapat tidur lena dan dapat tidur lena dari malam hingga subuh.
kredit to: Bukitbesi Blog