Senarai Institut Memandu Berdaftar JPJ Kuala Lumpur

Institut Memandu Kuala Lumpur

Dikongsi ialah senarai institut pemanduan yang terdapat di Kuala Lumpur yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berserta alamat lokasi terdekat untuk mendapatkan lesen kenderaan dan nombor telefon bagi sebarang pertanyaan.

Setiap pemandu di Malaysia perlu menjalani ujian dan peperiksaan khas untuk latihan memandu mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan oleh kerajaan dan JPJ.

Lesen akan dikeluarkan melalui institut atau sekolah memandu yang didaftarkan mengikut kategori seperti motosikal untuk B2, kereta jenis D, kursus e-hailing PSV dan sebagainya.

Senarai Sekolah Memandu Yang Berdaftar Dengan JPJ di Kuala Lumpur

Sekolah Memandu Kuala Lumpur

Untuk pendaftaran, anda perlu merujuk kepada Sekolah Memandu terdekat di daerah tempat tinggal anda dengan hadir ke lokasi tersebut atau menghubungi pusat berkenaan di nombor telefon yang diberikan untuk maklumat lanjut.

Nation Drive Wilayah Sdn. Bhd.
Lot 448 & 449, Jalan Segambut
52100 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-62421738
No Faks : 03-62421735

Skem Driving Academy Sdn. Bhd.
Kompleks Institut Memandu SKEM,
Lot 1530, Batu 11, Jalan Gombak,
53100 Selangor.

No Tel : 03-61866497/61868021
No Faks : 03-61875201

Surfine Hitech Sdn Bhd
Lot 5317, Kampung Nanding,
Bt 12 3/4 Jalan Ulu Langat,
43100 Selangor.
No Tel : 03-90212255/90212277
No Faks : 03-90212251

Institut Memandu Kenderaan Farat GPSM Sdn Bhd
Lot 354, Jalan Merbok,
Batu 10, Jalan Cheras,
43200 Kajang, Selangor.

No Tel : 03-90758445/90760784
No Faks : 03-90758531/90754139

Metro Driving Academy Sdn Bhd
Lot 3509, Seksyen U6,
Kampung Melayu Subang,
40150 Shah Alam, Selangor.

No Tel : 03-78459898
No Faks : 03-78458898

Telatin Mewah Sdn Bhd
Lot 1670, Jalan Sungai Mulia,
Batu 4 3/4, OFF Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-40253388
No Faks : 03-40253399

PERHATIAN

Untuk makluman, beberapa pusat latihan memandu yang disenaraikan di atas selain KL yang turut beroperasi dan dikhaskan untuk mereka yang tinggal di kawasan dan daerah seperti Selangor, Gombak dan Petaling yang berhampiran dengan Lembah Klang.

Kelas dan Jenis Lesen Memandu

Kelas lesen memandu yang terdapat di Malaysia di bawah seliaan JPJ mempunyai 5 jenis berdasarkan tahap kelayakan seseorang pemandu beserta penggunaan kenderaan iaitu:

1. Lesen Belajar Memandu (Learner Driving License)

Ia dikenali sebagai Lesen L yang membenarkan seseorang yang sedang belajar memandu mengikuti kelas yang ditetapkan di Sekolah Memandu.

2. Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License – PDL)

Pemandu yang telah lulus dalam setiap ujian dan pelajaran yang diberikan oleh Institut Memandu akan memperoleh Lesen Memandu.

3. Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL)

Seseorang yang telah melepasi tempoh percubaan secara sah yang biasanya dalam tempoh dua tahun sahaja.

4. Lesen Memandu Vokasional (Vocational or Commercial Driving License)

Lesen memandu yang dikhaskan untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas, lori dan lain-lain dan ianya dikeluarkan oleh JPJ dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

5. Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit – IDP)

Lesen khas untuk warganegara Malaysia yang ingin memandu di mana-mana negara di seluruh dunia dengan membuat permohonan terlebih dahulu di pejabat JPJ atau di Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

KelasPerkara
AKenderaan OKU (Motosikal) BTMTM 450kg
A1Kenderaan OKU (Motokar) BTMTM 3500kg
BMotosikal (Perseorangan) – Melebihi 500CC
B1Motosikal (Perseorangan) – Tidak Melebihi 500CC
B2Motosikal tidak melebihi 250CC
CMotosikal Tiga Roda
DMotokar – BTMTM 3500kg
DAMotor Tanpa Pedal Klac – BTMTM 3500kg
EMotokar Berat – BTMM 7500kg
E1Motokar Berat – BTMTM 7500kg
E2Motokar Berat – BTMTM 5000kg
FTraktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) – BTMTM 5000kg
GTraktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) – BTMTM 5000kg
HTraktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) – BTMM 5000kg
ITraktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) – BTMM 5000kg
MHukuman Mahkamah

INFO:

  • BTMTM = Berat Tanpa Muatan Tidak Melebihi
  • BTMM = Berat Tanpa Muatan Melebihi
  • OKU = Orang Cacat / Kurang Upaya

Diharap perkongsian senarai institut memandu di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan yang berlesen dan diiktiraf JPJ dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.