Dikongsi adalah senarai institut pemanduan yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berserta alamat lokasi terdekat bagi mendapatkan lesen kenderaan dan nombor telefon bagi sebarang pertanyaan.
Setiap pemandu di Malaysia perlu menjalani ujian dan peperiksaan khas untuk latihan memandu mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan oleh kerajaan dan JPJ.
Lesen akan dikeluarkan melalui institut atau sekolah memandu yang didaftarkan mengikut kategori seperti motosikal untuk B2, kereta jenis D, kursus e-hailing PSV dan sebagainya.
Senarai Sekolah Memandu Yang Berdaftar Dengan JPJ Di Labuan
Untuk pendaftaran, anda perlu merujuk kepada Sekolah Memandu terdekat di daerah tempat tinggal anda dengan hadir ke lokasi tersebut atau menghubungi pusat berkenaan di nombor telefon yang diberikan untuk maklumat lanjut.
WILAYAH PERSEKUTUAN
AKADEMI MEMANDU LABUAN SDN. BHD.
Kampung Sungai Lama,
Peti Surat 81747, 87007,
Wilayah Persekutuan Labuan.
Nombor Telefon
087-598698 / 087-410339
087-410340
Nombor Faks
087-411342 / 087-462698
Kelas dan Jenis Lesen Memandu
Kelas lesen memandu yang terdapat di Malaysia di bawah seliaan JPJ mempunyai 5 jenis berdasarkan tahap kelayakan seseorang pemandu beserta penggunaan kenderaan iaitu:
1. Lesen Belajar Memandu (Learner Driving License)
Ia dikenali sebagai Lesen L yang membenarkan seseorang yang sedang belajar memandu mengikuti kelas yang ditetapkan di Sekolah Memandu.
2. Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License – PDL)
Pemandu yang telah lulus dalam setiap ujian dan pelajaran yang diberikan oleh Institut Memandu akan memperoleh Lesen Memandu.
3. Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL)
Seseorang yang telah melepasi tempoh percubaan secara sah yang biasanya dalam tempoh dua tahun sahaja.
4. Lesen Memandu Vokasional (Vocational or Commercial Driving License)
Lesen memandu yang dikhaskan untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas, lori dan lain-lain dan ianya dikeluarkan oleh JPJ dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
5. Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit – IDP)
Lesen khas untuk warganegara Malaysia yang ingin memandu di mana-mana negara di seluruh dunia dengan membuat permohonan terlebih dahulu di pejabat JPJ atau di Persatuan Automobil Malaysia (AAM).
Kelas | Perkara |
A | Kenderaan OKU (Motosikal) BTMTM 450kg |
A1 | Kenderaan OKU (Motokar) BTMTM 3500kg |
B | Motosikal (Perseorangan) – Melebihi 500CC |
B1 | Motosikal (Perseorangan) – Tidak Melebihi 500CC |
B2 | Motosikal tidak melebihi 250CC |
C | Motosikal Tiga Roda |
D | Motokar – BTMTM 3500kg |
DA | Motor Tanpa Pedal Klac – BTMTM 3500kg |
E | Motokar Berat – BTMM 7500kg |
E1 | Motokar Berat – BTMTM 7500kg |
E2 | Motokar Berat – BTMTM 5000kg |
F | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) – BTMTM 5000kg |
G | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) – BTMTM 5000kg |
H | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) – BTMM 5000kg |
I | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) – BTMM 5000kg |
M | Hukuman Mahkamah |
INFO:
- BTMTM = Berat Tanpa Muatan Tidak Melebihi
- BTMM = Berat Tanpa Muatan Melebihi
- OKU = Orang Cacat / Kurang Upaya
Diharap perkongsian senarai institut memandu di Wilayah Persekutuan Labuan yang berlesen dan diiktiraf JPJ dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda.
kredit to: Bukitbesi Blog