Dikongsi senarai institut pemanduan yang terdapat di negeri Terengganu yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berserta alamat lokasi terdekat bagi mendapatkan lesen kenderaan dan nombor telefon bagi sebarang pertanyaan.
Setiap pemandu di Malaysia perlu menjalani ujian dan peperiksaan khas untuk memandu mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan oleh kerajaan dan JPJ.
Lesen akan dikeluarkan melalui institut berlesen atau sekolah memandu mengikut kategori seperti motosikal untuk B2, kereta jenis D, kursus e-hailing PSV dan sebagainya.
Senarai Sekolah Memandu Berdaftar Negeri Terengganu
Untuk mendaftar, anda perlu merujuk kepada institut terdekat di daerah tempat tinggal anda dengan hadir ke lokasi atau menghubungi pusat berkenaan di nombor telefon yang diberikan untuk maklumat lanjut.
KUALA TERENGGANU
PSM ACADEMY (M) BERHAD
Lot 13332 , Hadapan Kompleks Sukan),
Seberang Takir, 21300,
Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 09-6670112 / 3 / 4
No Faks : 09-6670115
BATU BURUK DRIVING ACADEMY SDN. BHD.
Lot 4180, Jalan Budiman,
Batu Buruk, 20400,
Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 09-6244227
No Faks : 09-6248227
Portal Rasmi
http://mybbda.com.my
BINTANG TIMUR DAN UTARA SDN. BHD.
Institut Memandu BITARA
Lot 83, Batu 6, Kg. Padang Midin,
21400 Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 09-6196770, 09-6185770
No Faks : 09-6196692
Portal Rasmi
https://www.bitara.net.my
MARANG
INSTITUT MEMANDU GANDA SEMANGAT (ASIA) ASIA SDN. BHD.
Lot 2002 & 2003 Rusila,
21600 Marang, Terengganu.
No Tel : 09-6189117/ 118/ 121
No Faks : 09-6189120
ARINAH HOLDINGS (M) SDN. BHD.
Lot 6236, Mukim Pulau Kerengga,
21600 Marang, Terengganu.
No Tel : 09-6234394
No Faks : 09-6670115
KEMAMAN
PSM ACADEMY (KEMAMAN) SDN. BHD.
Lot 11, Mukim Binjai,
Jalan Air Putih 24000,
Kemaman, Terengganu.
No Tel : 09-8596033
No Faks : 09-8583033
MERIT EMPIRE SDN. BHD.
Lot Pt 11306, Kg. Mak Langgam,
Mukim Banggul, 24000 Kemaman, Terengganu.
No Tel : 09-8591595
No Faks : 09-8583033
BESUT
INSTITUT MEMANDU BESUT SDN. BHD.
Lot 3299, Jalan Bukit Keluang,
Kg. Pengkalan Nyireh, 22000,
Kg. Raja, Besut, Terengganu.
No Tel : 09-6957520
No Faks : 09-6950079
SETIU
INSTITUT MEMANDU PAKATAN (BESUT & SETIU) SDN. BHD.
Lot Pt 7535, Kg. Bintang,
22030 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.
No Tel : 09-6902221 / 09-6902223
No Faks : 09-6902220
DUNGUN
WIMOZAD SDN. BHD.
Lot Pt. 264, Kg. Tanjung Minar,
Jalan Tok Kah, Pulau Serai,
23000 Dungun, Terengganu.
No Tel : 09-8423131/132/133
No Faks : 09-8423134
KEMBAR TEGUH SDN.BHD.
Kawasan Pusat Latihan Veterinar,
Cermin Kiri, Jerangau, Bukit Besi,
23200 Dungun, Terengganu.
No Tel : 09-8385663
No Faks : 09-8385663
HULU TERENGGANU
PIMA ACADEMY (M) SDN. BHD.
No. 81, Bukit Tok Setul,
Ajil 21800, Hulu Terengganu,
Terengganu.
No Tel : 09-6825800/1/2
No Faks : 09-6248227
Kelas dan Jenis Lesen Memandu
Kelas lesen memandu yang terdapat di Malaysia di bawah seliaan JPJ mempunyai 5 jenis berdasarkan tahap kelayakan seseorang pemandu beserta penggunaan kenderaan iaitu:
1. Lesen Belajar Memandu (Learner Driving License)
Ia dikenali sebagai Lesen L yang membenarkan seseorang yang sedang belajar memandu mengikuti kelas yang ditetapkan di Sekolah Memandu.
2. Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License – PDL)
Pemandu yang telah lulus dalam setiap ujian dan pelajaran yang diberikan oleh Institut Memandu akan memperoleh Lesen Memandu.
3. Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL)
Seseorang yang telah melepasi tempoh percubaan secara sah yang biasanya dalam tempoh dua tahun sahaja.
4. Lesen Memandu Vokasional (Vocational or Commercial Driving License)
Lesen memandu yang dikhaskan untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas, lori dan lain-lain dan ianya dikeluarkan oleh JPJ dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
5. Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit – IDP)
Lesen khas untuk warganegara Malaysia yang ingin memandu di mana-mana negara di seluruh dunia dengan membuat permohonan terlebih dahulu di pejabat JPJ atau di Persatuan Automobil Malaysia (AAM)
Kelas | Perkara |
A | Kenderaan OKU (Motosikal) BTMTM 450kg |
A1 | Kenderaan OKU (Motokar) BTMTM 3500kg |
B | Motosikal (Perseorangan) – Melebihi 500CC |
B1 | Motosikal (Perseorangan) – Tidak Melebihi 500CC |
B2 | Motosikal tidak melebihi 250CC |
C | Motosikal Tiga Roda |
D | Motokar – BTMTM 3500kg |
DA | Motor Tanpa Pedal Klac – BTMTM 3500kg |
E | Motokar Berat – BTMM 7500kg |
E1 | Motokar Berat – BTMTM 7500kg |
E2 | Motokar Berat – BTMTM 5000kg |
F | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) – BTMTM 5000kg |
G | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) – BTMTM 5000kg |
H | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) – BTMM 5000kg |
I | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) – BTMM 5000kg |
M | Hukuman Mahkamah |
INFO:
- BTMTM = Berat Tanpa Muatan Tidak Melebihi
- BTMM = Berat Tanpa Muatan Melebihi
- OKU = Orang Cacat / Kurang Upaya
Diharap perkongsian senarai institut memandu di negeri Terengganu Darul Iman yang berlesen dan diiktiraf JPJ dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda.
kredit to: Bukitbesi Blog