Senarai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis

Berkongsi maklumat senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terdapat di negeri Perlis beserta alamat lokasi balai terdekat, nombor telefon pejabat dan talian faks.

JBPM menyediakan perkhidmatan pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan semua aspek keselamatan dan menyediakan perkhidmatan kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

Antara objektif dan fungsi utama yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba mengikut peruntukan di bawah seksyen 5 (1) dan (2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Memadam, mengawal kebakaran, mencegah dan menentang
  • Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran
  • Penyelengaraan, mengawalselia dan tentukan adanya jalan keluar
  • Menjalankan siasatan tentang punca dan sebab
  • Menyelamat, melindungi nyawa dan harta jika ada bencana

Selain itu, JBPM juga menjalankan tugas-tugas lain seperti termaktub dalam Subseksyen (1) yang telah diamanahkan kepada pihak Bomba melalui undang-undang atau diarahkan oleh menteri.

Senarai Cawangan Balai Bomba dan Penyelamat Perlis

Balai Bomba Perlis

Sebarang maklumat berkaitan JBPM atau anda sedang mencari cawangan terdekat untuk dikunjungi, sila rujuk senarai Balai Bomba dibahagikan mengikut daerah dan kawasan di bawah:

Balai Bomba dan Penyelamat Kangar

Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis.

No. Tel : 04 – 976 0544
No. Faks : 04 – 977 4627

Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar

Jalan Sadoa,
02000 Padang Besar, Perlis.

No. Tel : 04 – 949 0094
No. Faks : 04 – 949 2119

Balai Bomba dan Penyelamat Arau

Jalan Pauh,
02600 Arau, Perlis.

No. Tel : 04 – 986 4444
No. Faks : 04 – 986 0139

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis

02000 Kuala Perlis, Perlis.

No. Tel : 04 – 985 5332
No. Faks : –

MERS 999

Perkhidmatan Respons Kecemasan Malaysia 999 (MERS 999) merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) yang didedikasikan untuk kemudahan semua rakyat Malaysia.

Talian 999 ialah nombor pusat untuk memudahkan semua orang dalam kecemasan membuat panggilan serta mendapatkan bantuan daripada badan kerajaan yang berkaitan dengan kes tertentu.

Bomba Hotline
Nombor Telefon : 999
Tol Free : 1800 888 994
SMS : 03-88880964

Portal Rasmi JBPM
https://www.bomba.gov.my/

Diharap perkongsian senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi negeri Perlis Indera Kayangan ini dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda berkaitan JBPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.