Berkongsi maklumat senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya beserta alamat lokasi balai terdekat, nombor telefon pejabat dan talian faks.
JBPM menyediakan perkhidmatan pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan semua aspek keselamatan dan menyediakan perkhidmatan kemanusiaan yang cekap dan berkesan.
Antara objektif dan fungsi utama yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba mengikut peruntukan di bawah seksyen 5 (1) dan (2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
- Memadam, mengawal kebakaran, mencegah dan menentang
- Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran
- Penyelengaraan, mengawalselia dan tentukan adanya jalan keluar
- Menjalankan siasatan tentang punca dan sebab
- Menyelamat, melindungi nyawa dan harta jika ada bencana
Selain itu, JBPM juga menjalankan tugas-tugas lain seperti termaktub dalam Subseksyen (1) yang telah diamanahkan kepada pihak Bomba melalui undang-undang atau diarahkan oleh menteri.
Senarai Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya
Sebarang maklumat berkaitan JBPM atau anda sedang mencari cawangan terdekat untuk dikunjungi, sila rujuk senarai Balai Bomba dibahagikan mengikut daerah dan kawasan di bawah:
Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7
Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Wilayah Persekutuan,
Putrajaya.
No. Tel : 03 – 8888 0970 / 8888 0971
No. Faks : 03 – 8888 0846 / 8888 0019
Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14
Presint 14, 62050,
Wilayah Persekutuan,
Putrajaya.
No. Tel : 03 – 8881 1944 / 8861 0344
No. Faks : 03 – 8881 1244 8888 0971
Email : bbppresint14@bomba.gov.my
MERS 999
Perkhidmatan Respons Kecemasan Malaysia 999 (MERS 999) merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) yang didedikasikan untuk kemudahan semua rakyat Malaysia.
Talian 999 ialah nombor pusat untuk memudahkan semua orang dalam kecemasan membuat panggilan serta mendapatkan bantuan daripada badan kerajaan yang berkaitan dengan kes tertentu.
Bomba Hotline
Nombor Telefon : 999
Tol Free : 1800 888 994
SMS : 03-88880964
Portal Rasmi JBPM
https://www.bomba.gov.my/
Diharap perkongsian senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda berkaitan JBPM.
kredit to: Bukitbesi Blog