Kepada peminat orkid, anda pasti tahu semua jenis orkid bukan? serta tahu menjaga dan menanam bunga yang sangat cantik ini.
Tetapi bukan pada saya, saya baru mengenali dan menyukai orkid tetapi saya tidak tahu cara menjaga dan menanam orkid dengan baik.
Sejak kecil saya hanya melihat orkid yang ibu tanam gembira di kawasan rumah tetapi saya tidak pernah ambil tahu apa itu orkid dan jenisnya.
Tetapi hari ini saya sangat teruja untuk mengenali orkid dan berkongsi dengan anda semua yang menggemari bunga yang sangat cantik ini melalui beberapa gambar koleksi orkid yang diberikan oleh seorang penduduk Bukit Besi yang sangat meminati dan menggemari bunga ini.
Pelbagai jenis orkid boleh didapati di rumahnya. Sama ada orkid hutan atau orkid asing, boleh dilihat di sekitar rumah penduduk Bukit Besi. Terima kasih kepada saudara Ahmad Ngah kerana sudi berkongsi gambar beliau untuk anda semua yang membaca. Jom lihat gambar orkid yang terdapat di Bukit Besi.
Koleksi Jenis-Jenis Bunga Orkid Yang Cantik
Gergasi, Grammatophyllum speciosum |
Dendrobium farmeri (syn.Den.densiflorum var farmeri) |
Robiquetia spatulata (Blume) JJSm. Epiphytic |
Bulbophyllum Medusae |
Spathoglottis plicata Blume Terrestrial |
Dendrobium Hybrid |
Liparis Lacerata Coelogyne |
Fimbriata |
Eria Atrovinosa |
Untuk penerangan terperinci semua jenis orkid di atas, anda perlu menghubungi Tuan Ahmad Ngah, pemilik taman orkid terbaik dari Bukit Besi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang orkid di dunia melalui Orkid dan Tumbuhan Malaysia.
Sebenarnya terdapat banyak jenis orkid yang terdapat di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Sama ada jenis biasa atau orkid hutan, masing-masing mempunyai kelebihan dan sangat cantik dipandang. Penggemar orkid pasti mengenali setiap jenis bunga orkid yang dikongsikan di atas.
Petua Orkid Cepat Berbunga
Di sini juga kami kongsikan video cara atau petua pokok orkid cepat berbunga bagi mereka yang berminat dan menanam orkid di rumah.
Nota: Terdapat beberapa jenis orkid yang sangat wangi.
kredit to: Bukitbesi Blog