Nama-nama Anak Lelaki & Perempuan Yang Dilarang Dalam Islam

nama-nama yang dilarang dalam islam

Memberi nama kepada anak atau bayi yang baru lahir adalah tanggungjawab semua ibu bapa. Sama ada nama anak itu membawa maksud baik atau buruk, terpulang kepada ibu bapa untuk menentukannya.

Kadang-kadang ramai ibu bapa memberikan nama kepada anak mereka dengan nama yang cantik dan menyenangkan tetapi tidak tahu apakah maksud dan makna di sebalik nama yang telah diberikan. Setelah menyedarinya, mereka terpaksa mengubahnya semula.

Sebagai ibu bapa, anda wajib memberi nama yang membawa maksud dan makna yang baik seperti yang digalakkan oleh Islam dan mengelakkan pemilihan nama anak yang dilarang dalam Islam kerana ia akan membentuk peribadi anak itu sendiri.

Nama-Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam

Dalam sesetengah bahasa dan budaya selain Islam, terdapat juga nama kanak-kanak yang membawa maksud buruk dalam bahasa tersebut. Oleh itu, perlu ditegaskan bahawa maksud yang baik adalah dalam bahasa Arab atau Islam itu sendiri.

Selain itu, ada juga yang berpendapat kita tidak boleh atau tidak boleh memberi nama seperti contoh nama yang sangat popular iaitu Balqis kerana dikatakan seperti nama jin yang diberikan oleh jin kepada keturunannya.

Untuk jawapan yang lebih tepat tentang nama Balqis yang dikatakan ada kaitan dengan nama jin dan keturunannya, anda digalakkan bertanya kepada mereka yang lebih arif atau alim ulamak, yang lebih mengetahui perkara ini.Berikut dikongsikan senarai nama yang dilarang dalam Islam atau nama yang tidak sesuai diberikan kepada bayi anda sama ada lelaki atau perempuan yang pernah dikongsi oleh Flo Hijaz.

Abiqah – Hamba yang lari dari tuannya.
Abkam – Tidak celik atau buta.
Afinah – Yang bodoh.
Amah – Hamba suruhan perempuan.
Asyar – Paling jahat.
Asyirah – Yang tidak bersyukur atas nikmat.
Aznie – Aku berzina.
Baghiah – Yang zalim dan jahat.
Bahimah – Binatang.
Bakiah – Yang menangis atau merengek.
Balidah – Yang bodoh, bebal.
Baqarah – Lembu betina.
Batilah – Yang batil, tidak benar.
Dabbah – Binatang.
Dahisyah – Goncang, tertekan.
Dahriyah – Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya.
Dami’ah – Yang mengalir air matanya.
Daniyah – Yang lemah dan hina.
Darakah – Kedudukan yang rendah.
Faji’ah – Kecelakaan.
Fajirah – Yang jahat, yang berdoa.
Fasidah – Yang rosak, yang binasa.
Fasiqah – Yang jahat, si fasik.
Fasyilah – Gagal, kalah.
Ghafilah – Yang lalai, yang leka.
Ghaibah – Hilang.
Ghailah – Kecelakaan, bencana.
Ghamitah – Yang tidak mengsyukuri nikmat.
Ghasibah – Perampas, perompak.
Ghawiah – Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu.
Haqidah – Yang dengki.
Hasidah – Yang hasad.
Hazinah – Yang sedih.
Huxn – Kesedihan.
Jafiah – Yang tidak suka berkawan.
Kafirah – Yang kafir, yang ingkar.
Kaibah – Yang sedih.
Kamidah – Yang hiba, yang sangat berduka.
Kazibah – Pendusta, pembohong.
Khabithah – Yang jahat dan yang keji.
Khali’ah – Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu.
Khamrah – Ar4k.
Khasirah – Yang rugi.
Khati’ah – Yang bersalah, yang berdosa.
La’imah – Yang tercela.
Laghiah – Sia-sia dan tidak berfaedah.
Lahab – Bara api.
Lahifah – Yang sedih, menyesal dan dizalimi.
Lainah – Yang terkutuk.
Majinah – Yang bergurau senda tanpa segan silu.
Majusiah – Agama yang menyembah api atau matahari.
Maridah – Yang menderhaka.
Munafikah – Yang munafik.
Musibah – Celaka, bencana atau kemalangan.
Najisah – Yang najis dan kotor.
Nariah – Api.
Nasyizah – Yang menderhaka dan melawan suami.
Qabihah – Yang buruk dah hodoh.
Qasitah – Yang melampaui batas dan seleweng dari kebenaran.
Qatilah – Pembunoh.
Qazurah – Kejahatan dan perzinaan.
Rajimah – Yang direjam dan yang dilaknat.
Razani – Kepala alat sulit lelaki.
Razi’ah – Kecelakaan dan musibah.
Razilah – Yang keji dan hina dina.
Safih – Manusia yang bodoh.
Safilah – Yang rendah dan hina.
Sahiah – Yang pelupa.
Sakirah – Pemabuk.
Sakitah – Yang jatuh, hina dan jahat.
Sharru – Jahat.
Sharrul – Jahat.
Syafihah – Yang bodoh.
Syani’ah – Yang buruk.
Syaqiyah – Yang menderita.
Syaridah – Yang diusir.
Syariqah – Pencuri.
Syarisah – Yang buruk akhlak.
Syarrul Bariyyah – Sejahat-jahat manusia.
Syatimah – Maki hamun.
Tafihah – Karut.
Talifah – Yang rosak binasa.
Talihah – Yang tidak baik.
Tarbiyah – Yang papa kedana.
Tarikah – Anak dara tua.
Wahiah – Yang lemah, yang jatuh dan buruk.
Wahimah – Yang lemah.
Wahinah – Penakut.
Wailah – Bencana dan keburukan.
Wajilah – Penakut.
Waqi’ah – Pertempuran dalam perang dan umpatan.
Waqihah – Yang kurang sopan dan malu.
Wasikhah – Yang kotor.
Wasyiah – Yang mengumpat, yang mengadu dan dombakan orang.
Wathi – Membawa maksud ‘bersama’.
Wathy – Membawa maksud ‘bersama’.
Yabisah – Yang kering, yang sedikit kebaikannya.
Yaisah – Yang berputus asa.
Zalijah – Kebinasaan.
Zalilah – Yang hina.
Zalimah – Yang zalim.
Zaniyah – Pel4cur, Penzinna.
Zufafah – Racun yang membunuh.

Baca : Nama-nama Bayi Lelaki Islam Huruf A

Semoga senarai dan himpunan nama lelaki dan perempuan yang dikongsikan itu dilarang dalam Islam. Dan yang dilarang untuk diberikan kepada bayi anda akan menambah pengetahuan anda dan dapat memberi nama kepada anak dengan nama yang lebih baik dan sesuai.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.