Sekolah Melayu Bukit Besi dibina semasa aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi. Kebanyakan pelajar di sekolah ini terdiri daripada anak pekerja lombong bijih besi serta penduduk sekitar Bukit Besi dan kawasan berhampiran.
Sejarah Sekolah Melayu Bukit Besi
Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Besi sejak ditubuhkan pada tahun 1952. Ia bermula dengan hanya sebuah bangunan kayu setingkat dan telah berubah sehingga kini dari semasa ke semasa. Pada tahun 1963 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bukit Besi sehingga kini.
Terlalu banyak nostalgia dan ingatan yang tertinggal di sekolah ini dan ada antara mereka yang tersohor yang mendapat pendidikan di sekolah ini. Lihatlah foto-foto lama yang meninggalkan seribu satu nostalgia di sekolah ini.
Sekolah Kebangsaan Bukit Besi
Di bawah adalah gambar-gambar Sekolah Kebangsaan Bukit Besi sekitar tahun 1970 dan 1980. Sekolah ini telah diperbaharui mengikut peredaran zaman dan perkembangan di Bukit Besi.
Berdiri dari kanan (kalau tak silap): Cikgu Mat Bakar, Ustaz Maliki, Pok Mat tukang kebun, No 5 dari kanan Cikgu Halim. Duduk dari kanan: Cik Alias, Wan Muda dan No 7 dari kanan Cik Fauzi. Manakala Guru-guru yang lain saya tidak pasti. Adakah sesiapa mengenali mereka?Sumber gambar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Besi.
kredit to: Bukitbesi Blog