PCH Sorting Centre Shopee Express – Alamat & No Telefon

PCH Sorting Centre

Saban hari semakin banyak carian di internet tentang di mana lokasi sebenar PCH Sorting Center biasanya berkaitan dengan pengesanan status penghantaran barang atau bungkusan melalui Shopee Express tidak dapat dikesan.

Ini menunjukkan terlalu banyak barangan yang masih tersangkut di stesen pusat pengisihan seperti PCH, U10 dan seumpamanya yang menyebabkan pengguna gagal mengesan tempat dan kedudukan mereka.

Sebagai pelanggan yang membuat pembelian secara online di laman terbesar ini dan terpaksa menggunakan perkhidmatan penghantaran Shopee Express, anda perlu tahu di mana letaknya supaya bungkusan tersebut tidak hilang begitu sahaja.

Disebabkan kami juga menghadapi masalah yang sama dan sedang mencari lokasi PCH Sorting Center ini, di sini dikongsikan beberapa maklumat yang mungkin boleh membantu.

Di Mana Lokasi PCH Sorting Centre Shopee Express

Shopee Express

Menerusi kajian, perkongsian pengguna di laman Facebook dan pelanggan yang mempunyai isu sama, ramai menyatakan lokasi PCH ialah Puchong Hub Shopee Express di negeri Selangor Darul Ehsan.

Bagaimanapun, kami turut menghubungi talian pusat khidmat pelanggan Shopee Express di +603-27779222 tetapi tiada jawapan kerana talian sedang sibuk ketika itu (engage).

Google Map dan Alamat Puchong Hub

Berikut ialah alamat lengkap lokasi Hab Ekspres Puchong yang dikaitkan dengan Pusat Isih PCH Shopee Express bersama-sama dengan Peta Google dan koordinat GPS berdasarkan nombor latitud dan longitud.

HUB EXPRESS PUCHONG
1-12, Jalan BK 5A/2B,
Bandar Kinrara 5,
47180 Puchong, Selangor.

Contact Number
+6012-550 2931

Waktu Operasi
Setiap Hari 9.00 am – 5.00 pm

PERHATIAN, perlu diingatkan bahawa lokasi pusat pengisihan ini tidak semestinya tepat dan perkongsian peta hanyalah hasil carian dan kajian yang kami lakukan untuk mencari jawapannya.

Tetapi jika dilihat pada alamat dan nama tempat tersebut, berkemungkinan ini adalah PCH Sorting Center yang menguruskan penghantaran barangan milik Shopee.

Baca : Lokasi U10 Sorting Centre

Kesimpulan

Kami amat memahami situasi ini iaitu menunggu barang yang dibeli sampai dan diterima mengikut masa yang ditetapkan, namun sehingga kini sudah berminggu-minggu atau berbulan-bulan PCH masih berada di sini.

Mungkin juga kerana barang terlalu banyak sehinggakan tiada ruang kosong di dalam gudang atau jadi perkhidmatan penghantaran terbantut dan memerlukan lebih masa untuk menghantarnya.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil pengesanan yang dipaparkan selepas menjejak bungkusan dan ingin maklumat lanjut, sebaiknya hubungi pusat khidmat pelanggan Shopee Express atau melalui nombor telefon Hab Puchong.

Diharap perkongsian mengenai lokasi sebenar PCH Sorting Center Shopee Express dapat membantu anda mencari maklumat atau menjejaki status penghantaran.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.