Berkongsi maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Melaka beserta alamat lokasi terdekat setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.
Senarai Lokasi Pejabat Agama Islam Melaka
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
Aras 2, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Pusat Islam Melaka
75400 Melaka
Contact Number
06-333 3333 / 5600 / 5607
Fax Number
06-333 3333
Email: jaim@melaka.gov.my
Waktu Operasi
Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang
Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang
Portal Rasmi
http://jaim.gov.my/
Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah
Kompleks Agama Dan Mahkamah Syariah,
78000 Alor Gajah, Melaka.
Nombor Telefon
06-556 1254
Nombor Faks
06-556 1197
Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah
Lot 12, Taman MITC Prima,
Ayer Keroh, Melaka.
Nombor Telefon
06-231 1708 / 231 2037
Nombor Faks
06-2311563
Pejabat Agama Islam Daerah Jasin
77000 Jasin, Melaka.
Nombor Telefon
06-529 1277
Nombor Faks
06-529 1744
Peranan dan Fungsi Pejabat Pentadbiran Agama Daerah
Melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan Agama Islam Melaka di peringkat daerah dan bertanggungjawab ke atas pengurusan agama Islam Melaka serta pelaksana dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri ini iaitu:
1. Pelaksanaan program dakwah dan pengurusan pendidikan Islam
Memberi dan mendedahkan pendidikan kepada semua masyarakat agar berpegang kepada ajaran Islam melalui program dakwah serta menyeru masyarakat seluruhnya ke arah penyatuan dan perpaduan.
2. Pengurusan perkahwinan, perceraian dan rujukan serta pembangunan keluarga Islam
Memantapkan peranan institusi kekeluargaan Islam melalui bimbingan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan juga memastikan sesebuah keluarga itu terbina mengikut undang-undang dan syariah.
3. Pengurusan dan penyelenggaraan masjid dan surau
Memastikan segala urusan pentadbiran masjid dan surau di kawasan dan daerah berjalan dengan lancar serta melaksanakan program-program yang dapat memupuk rasa cinta dan kasih sayang masyarakat bagi mengimarahkan masjid dan surau serta mengeratkan perpaduan ummah.
4. Penyelidikan dan kajian akidah dan syariah
Menjalankan kajian berkaitan isu-isu semasa dalam bidang akidah dan syariah, memaklumkan hasil setiap kajian kepada masyarakat sebagai usaha membendung penularan amalan ajaran sesat yang bertentangan dengan syariah Islam.
5. Penguatkuasaan undang-undang Syariah dan pendakwaan
Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah yang berkuat kuasa di semua daerah. Ia bukan sekadar satu bentuk hukuman malah memberi penerangan dan kefahaman kepada masyarakat berkaitan agama Islam.
Perkhidmatan di PAD
Pelbagai jenis perkhidmatan berkaitan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu yang boleh didapati di JAIPk serta cawangan PAD mengikut daerah yang terdekat dengan anda antaranya adalah seperti berikut:
- Perkahwinan
- e-Munakahat Online
- Peraturan Kursus
- Kursus Pra Perkahwinan
- Panduan Pemeriksaan Bakal Pengantin
- Permohonan Perkahwinan
- Kad Akuan Nikah
- Khidmat Nasihat Keluarga
- Permohonan Saudara Baru
- Permohonan Sijil dan Logo Halal
- Permohonan Tauliah Mengajar
- Sekolah dan Madrasah
- E-Iktisas dan Lain-Lain
Sebarang pertanyaan berkaitan Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Bandaraya Bersejarah, boleh terus berhubung melalui nombor telefon yang disertakan atau boleh terus ke cawangan terdekat untuk maklumat lanjut.
kredit to: Bukitbesi Blog