Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Pulau Pinang

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Pulau Pinang

Berkongsi maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Pulau Pinang beserta alamat lokasi terdekat setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Lokasi Pejabat Agama Islam Pulau Pinang

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang


(JHEAIPP), Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang.

Contact Number
04-684 7000

Fax Number
04-2502810

Email Address
jheaipp[a]penang.gov.my

Portal Rasmi
https://jaipp.penang.gov.my/

Lokasi Ibu Pejabat (Google Map)

Pejabat Agama Islam Daerah Timur Laut
Aras 34 KOMTAR,
10000 Penang.

Nombor Telefon
04-261 2979

Nombor Faks
04-261 3250

Pejabat Agama Islam Daerah Kepala Batas
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-575 1182

Nombor Faks
04-575 1084

Pejabat Agama Islam Daerah Barat Daya
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-866 8525

Nombor Faks
04-866 8989

Pejabat Agama Islam Daerah Butterworth
Kompleks Darul Hidayah
(Rumah Transit Saudara Kita),
Permatang Tok Gelam,
13100, Penaga, Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-3511 521

Nombor Faks
04-3511 485

Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Perai Tengah
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-538 6451

Nombor Faks
04-538 6548

Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Perai Selatan
Jawi, Nibong Tebal,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-582 1001

Nombor Faks
04-582 5564

Peranan dan Fungsi Pejabat Pentadbiran Agama Daerah

Melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang di peringkat daerah serta bertanggungjawab ke atas pengurusan agama Islam Pulau Pinang serta pelaksana dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pulau Pinang iaitu:

1. Pelaksanaan program dakwah dan pengurusan pendidikan Islam

Memberi dan mendedahkan pendidikan kepada semua masyarakat agar berpegang kepada ajaran Islam melalui program dakwah serta menyeru masyarakat seluruhnya ke arah penyatuan dan perpaduan.

2. Pengurusan perkahwinan, perceraian dan rujukan serta pembangunan keluarga Islam

Memantapkan peranan institusi kekeluargaan Islam melalui bimbingan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan juga memastikan sesebuah keluarga itu terbina mengikut undang-undang dan syariah.

3. Pengurusan dan penyelenggaraan masjid dan surau

Memastikan segala urusan pentadbiran masjid dan surau di kawasan dan daerah berjalan dengan lancar serta melaksanakan program-program yang dapat memupuk rasa cinta dan kasih sayang masyarakat bagi mengimarahkan masjid dan surau serta mengeratkan perpaduan ummah.

4. Penyelidikan dan kajian akidah dan syariah

Menjalankan kajian berkaitan isu-isu semasa dalam bidang akidah dan syariah, memaklumkan hasil setiap kajian kepada masyarakat sebagai usaha membendung penularan amalan ajaran sesat yang bertentangan dengan syariah Islam.

5. Penguatkuasaan undang-undang Syariah dan pendakwaan

Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah yang berkuat kuasa di semua daerah. Ia bukan sekadar satu bentuk hukuman malah memberi penerangan dan kefahaman kepada masyarakat berkaitan agama Islam.

Perkhidmatan di PAD

Pelbagai jenis perkhidmatan berkaitan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu yang boleh didapati di JAIPk serta cawangan PAD mengikut daerah yang terdekat dengan anda antaranya adalah seperti berikut:

  • Perkahwinan
    • e-Munakahat Online
    • Peraturan Kursus
    • Kursus Pra Perkahwinan
    • Panduan Pemeriksaan Bakal Pengantin
    • Permohonan Perkahwinan
    • Kad Akuan Nikah
    • Khidmat Nasihat Keluarga
  • Permohonan Saudara Baru
  • Permohonan Sijil dan Logo Halal
  • Permohonan Tauliah Mengajar
  • Sekolah dan Madrasah
  • E-Iktisas dan Lain-Lain

Sebarang pertanyaan berkaitan Pejabat Agama Islam Negeri Pulau Pinang, boleh terus berhubung melalui nombor telefon yang disertakan atau boleh terus ke cawangan terdekat untuk maklumat lanjut.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *