Berkongsi maklumat lengkap mengenai senarai pejabat cawangan PERKESO yang terdapat di negeri Kedah beserta alamat lokasi, nombor telefon talian hotline perkhidmatan pelanggan dan waktu operasi.
Dipanggil Pertubuhan Keselamatan Sosial atau dalam bahasa Inggerisnya SOCSO (Social Security Organization) yang ditubuhkan sejak tahun 1971 untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja.
PERKESO merupakan salah satu agensi atau Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang membantu mentadbir dan menyediakan bantuan kewangan dan perubatan kepada pekerja yang layak.
Banyak faedah dan kelebihan PERKESO ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerja dengan pelbagai skim dan faedah yang menarik sebagai perlindungan kepada mereka yang sakit atau ditimpa kemalangan serta terdapat bantuan kepada ahli keluarga yang bergantung kepada pekerja itu sendiri dan banyak lagi iaitu :
Skim Insurans Bencana Perkerjaan
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan Jasmani
- Kemudahan Pemulihan Vokasional
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Skim Keilatan
- Pencen Ilat
- Bantuan Ilat
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan Jasmani
- Kemudahan Pemulihan Vokasional
- Pencen Penakat
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Senarai Lokasi Pejabat PERKESO di Negeri Kedah
Jika anda bercadang untuk ke mana-mana cawangan terdekat tetapi tidak tahu lokasi sebenar, sila rujuk senarai yang diberikan di bawah mengikut daerah dan negeri dalam kawasan tempat tinggal.
Pejabat PERKESO Alor Setar
Wisma PERKESO,
Lot. 186, Jalan Teluk Wanjah,
05538 Alor Setar, Kedah.
Contact Number
04 – 774 6666
Fax Number
04 – 733 9840
Email Address
pksasetar[@]perkeso.gov.my
Pejabat PERKESO Langkawi
No. 17, Persiaran Bunga Raya,
Langkawi Mall,
07000 Langkawi, Kedah.
Nombor Telefon
04 – 9698701
Nombor Faks
04 – 9661620
Emel
pkslangkawi[@]perkeso.gov.my
Pejabat PERKESO Sungai Petani
No. 30 & 31, Lengkok Cempaka 1,
Persiaran Cempaka,
Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Nombor Telefon
04 – 448 1200
Nombor Faks
04 – 442 9392
E-mel
pkssgpetani[@]perkeso.gov.my
Pejabat PERKESO Kulim
582 & 583, Lorong Kemuning 1,
Taman Kemuning,
09000 Kulim, Kedah
Nombor Telefon
04 – 496 2203
Nombor Faks
04 – 495 1070
E-mel
pkskulim[@]perkeso.gov.my
Waktu Operasi Semua Cawangan
8.00 Pagi – 5.00 Petang (Ahad-Rabu)
8.00 Pagi – 3.30 Petang (Khamis)
Customer Service Contact Number
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan pendaftaran, kelayakan, caruman, skim tertentu, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan sebagainya, anda boleh terus menghubungi pihak berkenaan melalui talian hotline, laman web dan media sosial.
1-300-22-8000
Waktu Pejabat
8:00 a.m. – 5:00 p.m.
(Monday – Friday)
Senarai Pautan Online PERKESO
Portal Rasmi
https://www.perkeso.gov.my
Employment Insurance System (EIS)
https://eis.perkeso.gov.my
- SIP (EIS)
- Platform Prihatin
- ASSIST
- MYFutureJobs
- Matrix
- Saringan Kesihatan
- My Temujanji
- Sistem Pengurusan Aduan Awam
Media Sosial PERKESO
Diharap perkongsian senarai pejabat cawangan PERKESO di negeri Kedah Darul Aman dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda.
kredit to: Bukitbesi Blog