LPP

Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur (Ibu Pejabat LPP)

Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur

Berkongsi maklumat lengkap ibu pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang terletak di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan beserta alamat lokasi yang mungkin berhampiran dengan anda, nombor telefon dan waktu operasi.

Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab meningkatkan ekonomi negara serta memberi bantuan dan sumbangan dalam sektor pertanian di negara kita.

Lokasi Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur

Ibu Pejabat LPP KL

Sekiranya anda mempunyai sebarang urusan berkaitan Petani, anda boleh melawat atau menghubungi pihak berkenaan berdasarkan alamat dan talian yang tertera seperti berikut:

Lembaga Pertubuhan Peladang (HQ)


Ibu Pejabat, Menara LPP,
No. 20, Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur.

Contact Number
03-2610 9600

Fax Number
03-2697 0987

Portal Rasmi
https://www.lpp.gov.my/

Email Address
info@lpp.gov.my

Nama Pegawai Perhubungan Awam

  • Khairul Fahmi bin Bahrin
  • Norazimah binti Ahmad@Mohd Nor

Bahagian Hal Ehwal Korporat
Nombor Telefon
03-26109607/03-26109618

Permohonan Menjadi Ahli PPK

Berikut adalah maklumat berkaitan syarat mendaftar atau memohon menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta cara pendaftaran dan borang yang boleh anda muat turun.

Syarat-Syarat

  • Seorang yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Anda adalah warganegara Malaysia
  • Menetap dan bermastautin di kawasan pengendalian PPK
  • Terlibat dengan pengeluaran pertanian atau ternakan
  • Mendapat keuntungan dan pendapat dari pertanian dan ternakan
  • Terbabit dengan faktor pertanian atau ternakan

Proses dan Cara Untuk Jadi Ahli PPK

1. Anda perlu mengisi borang dengan memuat turun borang di pautan berikut Muat turun atau pergi ke mana-mana cawangan PPK berhampiran tempat tinggal anda.

Atau anda boleh layari pautan http://www.pklik.lpp.gov.my/ untuk memohon secara online dengan memasukkan semua maklumat yang diperlukan.

2. Isikan semua maklumat dalam borang dan serahkan borang yang telah lengkap kepada PPK berkenaan.

3. Semua permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan bayaran masuk dan syer seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan PPK.

4. Setelah permohonan diterima, ia hendaklah dinilai dan diproses berdasarkan pertimbangan dan kelulusan Lembaga Pengarah PPK.

5. Setelah mendapat kelulusan, sijil dan kad keahlian dikeluarkan khas untuk anda yang berjaya dan semua ahli yang memiliki kad ini boleh menikmati segala keistimewaan dan hak sebagai ahli.

5. Sekiranya permohonan anda telah ditolak, pemohon juga boleh membuat rayuan melalui Pendaftar dalam tempoh 14 hari dan keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada pendaftar.

Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan

Sebarang masalah yang anda hadapi semasa mengisi borang online atau pertanyaan berkaitan permohonan menjadi ahli PPK, anda boleh menghubungi pihak berkenaan seperti di bawah:

Nombor telefon
03-26109600

Nombor faks
03-26970987

Alamat emel
pklik@lpp.gov.my

Semoga perkongsian maklumat daripada Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.