Petua Cepat Hamil Dalam Islam dan Cara Mendapatkan Zuriat

cara dapatkan anak dengan cepat

Mempunyai zuriat adalah impian setiap pasangan suami isteri. Namun, sehingga kini masih ada suami isteri yang belum dikurniakan zuriat walaupun sudah bertahun-tahun berumah tangga.

Zuriat adalah cahaya mata yang akan menceriakan hubungan suami isteri dalam sesebuah keluarga. Jika anda mempunyai anak, pastikan anda melengkapkan setiap hubungan yang terikat dengan perkahwinan.

Jika anda salah seorang suami atau isteri sehingga kini tidak mempunyai zuriat sendiri, jangan putus asa kerana masih ada cara untuk mendapatkan zuriat sama ada dengan berusaha atau berdoa kepada Allah SWT.

petua cepat hamil selepas haid

Namun, pelbagai faktor perlu diambil kira bagi mencapai impian mendapatkan zuriat sendiri sama ada dari segi kesihatan, kesukaran isteri untuk hamil, mahupun masalah di sisi suami.

Tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain dan sebaiknya cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan zuriat dengan mengikut petua tradisional atau kaedah moden serta berjumpa doktor pakar.

Petua Cepat Hamil Dalam Islam

Berikut adalah beberapa tips cepat cepat dapat zuriat hasil perkongsian dari Ustaz Hanafiah yang menyarankan sesiapa yang inginkan zuriat boleh amalkan petua ini.

cara cepat mengandung

Hari Pertama

Sekilo kurma kering dan tanah liat, jangan ambil kurma kembang kerana tidak akan jadi.

Cara-cara

  • Suami hendaklah mengambil segenggam kurma yang dibeli diikuti oleh isteri juga segenggam kurma.
  • Buang biji dan masukkan kurma ke dalam pengisar.
  • Campurkan dengan satu liter susu kambing dan kisar sehingga hancur.
  • Suami isteri kena minum air separuh yang terbahagi dua. Kemudian air kurma tanah perlu dimakan dalam masa sehari.

Hari Kedua dan Seterusnya

Suami isteri perlu makan 7 biji kurma dan pastikan ianya melekit dan kering setiap pagi. Diingatkan supaya tidak makan kurma yang lembut dan hendaklah meminumnya bersama susu kambing segar.

Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang-seli, namun ia juga perlu dimakan dalam masa sehari.

Baca : Makan Buah Zuriat Untuk Cepat Hamil

Surah Maryam Ayat 1 Sehingga 12

Petua Dapat Anak Cara Tradisional

Setiap kali anda mengamalkan petua ini, anda diwajibkan membaca doa dari Surah Maryam ayat 1 hingga ayat 12 agar niat untuk mendapatkan zuriat tercapai dengan pertolongan Allah SWT.

Seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Hanafiah melalui ceramahnya, petua ini perlu diamalkan dalam tempoh setahun, dan biasanya dalam 3/4 bulan sudah memadai.

Anda digalakkan menggunakan seliter susu kambing segar kerana ia dikatakan lebih afdhal dan berkesan dimakan bersama kurma.

Menurutnya, kadangkala seseorang itu tidak mempunyai anak atau tidak hamil kerana kemandulan tetapi kerana rahim wanita diganggu oleh jin yang sedang berteduh.

Kerana itu, anda dinasihatkan supaya meminum susu kambing kerana ia dikatakan musuh kepada makhluk jin yang tidak menyukainya.

Petua kehamilan tradisional yang berkesan ini termasuk mengamalkan ajaran Islam telah dilakukan oleh ramai pasangan yang belum dikurniakan zuriat dan ingin mendapatkan zuriat yang akhirnya berjaya hamil setelah mengamalkannya tanpa jemu.

Semoga perkongsian tips cepat hamil, serta beberapa tips untuk mendapatkan zuriat, dapat membantu semua pasangan yang mengimpikan bayi comel dalam keluarga menjadi kenyataan, insyaAllah. Semoga bermanfaat.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *