Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Kakitangan Kerajaan (2022)

Sekiranya anda kakitangan kerajaan yang mengalami masalah kewangan akibat pendapatan terjejas teruk, anda boleh memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat.

Melalui pinjaman yang juga dikenali sebagai Pembiayaan Peribadi-i untuk sektor awam ini, anda boleh mendapatkan wang tunai dengan kadar segera sekiranya permohonan telah diluluskan.

Cara untuk memohon pinjaman peribadi ini sangat mudah dengan hanya mengisi borang permohonan secara online melalui laman web rasmi Bank Rakyat.

Namun begitu, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan pinjaman seperti yang ditetapkan oleh pihak bank sebelum membuat permohonan dengan merujuk kepada jadual pembayaran balik.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Pinjaman peribadi Bank Rakyat sangat popular di kalangan kakitangan kerajaan dan swasta. Ia mempunyai tiga kategori yang perlu anda ketahui:

  • Pinjaman untuk kakitangan kerajaan
  • Pinjaman untuk pesara kerajaan
  • Pinjaman untuk pekerja swasta

Ciri-ciri Pinjaman

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

Permohonan Pinjaman Untuk Kakitangan Kerajaan

Permohonan pinjaman peribadi Bank Rakyat yang diterangkan di bawah adalah eksklusif untuk kakitangan kerajaan sahaja yang mana kami berkongsi cara memohon.

Manakala untuk pesara pekerja swasta akan dikongsikan dalam artikel seterusnya termasuk cara memohon dengan betul.

Untuk memohon pinjaman ini, terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan dan ianya perlu lengkap supaya permohonan anda diluluskan oleh pihak bank.

1. Pertama sekali, sila layari laman web Bank Rakyat dan klik pada butang Mohon Sekarang untuk memohon.

2. Isikan semua maklumat peribadi anda dan segala-galanya seperti yang diminta oleh bank dalam borang permohonan seperti:

  • Nama
  • Emel
  • Nombor Telefon
  • Buat pilihan adakah anda pelanggan Bank Rakyat atau tidak
  • Buat pilihan adakah anda sedia menerima tawaran atau promosi
  • Sila tick samada anda setuju atau tidak

3. Terdapat beberapa pilihan produk yang ditawarkan oleh Bank Rakyat dan anda perlu memilih pinjaman mana yang sesuai dengan anda:

  • Simpanan-i & Deposit-i
  • Pembiayaan Peribadi-i
  • Pembiayaan Pendidikan-i
  • Pembiayaan Kenderaan-i
  • Pembiayaan Perumahan-i
  • Pembiayaan Mikro-i
  • Pembiayaan Perniagaan-i
  • Pajak Gadai-i
  • Perbankan Internet
  • Kad-i
  • Perancangan Kewangan
  • Lain-lain

5. Setelah anda selesai mengisi dan menyemak borang yang telah diisi dan semuanya lengkap, anda boleh menekan butang hantar.

Setelah borang permohonan diserahkan, pihak bank akan menghubungi anda untuk pemprosesan selanjutnya.

Kadar Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Kelayakan membuat pinjaman sehingga RM200,000 adalah berdasarkan bayaran ansuran anda kepada bank seperti berikut:

  • Potongan Gaji Majikan (PGM)
  • Pindahan Gaji ke Bank Rakyat
  • Biro Perkhidmatan Angkasa

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk membuat bayaran ansuran pinjaman melalui perbankan dalam talian atau sebarang jenis pembayaran elektronik, jumlahnya adalah berbeza.

Jumlah yang dibenarkan adalah berdasarkan gandaan gaji atau RM200,000 yang mana lebih rendah. Contohnya adalah seperti berikut:

Untuk Pendapatan RM1000 sehingga RM5000

1. Jika pendapatan bulanan anda RM1K hingga RM5K, kelayakan anda adalah 5 kali ganda gaji kasar sebulan.

2. Jika gaji bulanan anda RM5K, anda boleh membuat pinjaman sebanyak RM25K selepas menggandakannya sebanyak lima kali.

Untuk Pendapatan RM5001 Sehingga RM10000

1. Gaji bulanan RM5001 hingga RM10K, dikira 8 kali ganda gaji kasar untuk sebulan.

2. Contohnya, gaji bulanan anda RM10K, kelayakan pinjaman sehingga RM80000.

Untuk Pendapatan Melebihi RM10000

1. Apabila pendapatan bulanan melebihi RM15K, kelayakan anda adalah 10 kali ganda daripada gaji kasar.

2. Anda layak mendapat pinjaman peribadi Bank Rakyat sebanyak RM150,000.

3. Jumlah maksimum untuk pinjaman ini ialah RM200,000 jika gaji bulanan anda ialah RM20,000 sebulan.

Syarat Kelayakan Pinjaman Peribadi

Anda perlu memenuhi syarat dan kriteria yang diperlukan sekiranya ingin memohon pinjaman jenis ini yang dikhaskan untuk kakitangan kerajaan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur dari 18 tahun sehingga 60 tahun ketika tamat tempoh bayaran
  • Pendapatan tetap bulanan minimum RM1000 termasuk elaun tetap
  • Seorang kakitangan kerajaan dan syarikat GLC yang terpilih
  • Sekurang-kurangnya telah berkhidmat 3 bulan minimum

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan

Permohonan Baru

Sekiranya anda tidak pernah memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga bulan terakhir
  • Penyata bank tiga bulan terakhir (bayaran gaji melalui bank)
  • Surat pengesahan dari majikan atau Borang EA

Permohonan Berulang

Sekiranya anda pernah memohon pinjaman ini, ia dikenali sebagai permohonan berulang, iaitu anda telah memohon lebih daripada sekali, dokumen diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga bulan yang terakhir

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Di bawah juga adalah jadual pembayaran pinjaman Bank Rakyat dalam bentuk fail PDF yang boleh anda rujuk sebelum membuat sebarang keputusan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman Bank Rakyat ini, anda boleh menghubungi bank di talian 1-300-80-5454 jika anda mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaan.

Kesimpulan

Semoga perkongsian permohonan pinjaman peribadi khas Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan dapat membantu anda yang memerlukan di sektor awam.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *