Resepi Bubur Nasi Ayam Sedap dan Simple

bubur nasi ayam yang sangat sedap dan ringkas yang sengaja dimasak hari ini kerana saya sakit gigi dan tercabut gigi. Saya diberi cuti sakit selama satu hari.

Dengan keadaan gigi yang berdenyut-denyut dan sakit selepas bius habis, perut dah lapar memanggil-manggil untuk diisi, terfikir nak masak bubur nasi ayam campur sayur atau ikan bilis.

Terdapat banyak resepi bubur nasi yang terdapat di internet, tetapi yang menarik perhatian saya, resepi bubur nasi togel dari blog blue tiffin. Tapi tak sempat nak cari bahan – bahan yang wajib masak bubur macam dalam blog. Saya cuma masukkan bahan asas dan yang mana dulu.

Resepi Bubur Nasi Ayam Simple

bubur nasi ayam

Bahan-bahan Bubur Nasi

  • Satu cawan beras
  • Air banyak (mengikut kadar yang anda tetapkan supaya nasi menjadi bubur)
  • Ayam cincang halus
  • Baby mustard atau siew pak choy halus
  • Lobak merah
  • 1/2 sudu kecil halba campur
  • Bawang merah dan bawang putih dipotong nipis
  • Segenggam ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Cara – Cara Memasak Nasi Bubur

  • Rebus nasi hingga jadi bubur, jika perlu masukkan air hingga jadi bubur
  • Masukkan ayam yang telah dicincang. Saya rebus ayam terlebih dahulu secara berasingan.
  • Masukkan halba mix
  • Seterusnya, baby mustard dan sayur lobak merah.
  • Masukkan garam.
  • Masukkan bawang besar dan ikan bilis yang telah digoreng berasingan.

Siap ada resepi bubur nasi ayam hari ini untuk dimakan oleh orang yang sakit gigi. Terima kasih kerana membaca resepi bubur nasi ringkas untuk kali ini. Damai!

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *