Jika anda suka makan fries atau cheesy wedges seperti yang dijual di restoran KFC, anda boleh cuba buat sendiri di rumah kerana cara membuat cheesy potato wedges ini sangat mudah dan sangat sedap.
Ramai yang kata cheesy wedges ni sangat sedap dan sangat jimat jika kita masak sendiri dan tak perlu lagi beli di KFC sebab selain mahal kita boleh makan dalam kuantiti yang banyak dan puas hati.
Kentang goreng ini akan lebih sedap dan terangkat jika dimakan bersama sos cheesy wedges yang lazat itu. Cara membuat sos keju ini juga dikongsikan di sini.
Resepi homemade cheesy wedges ala KFC yang ringkas dan mudah dimakan bersama sos keju ini dikongsikan oleh Puan Nabilah Mamat melalui Facebook. Jom ikut prosedur.
Resepi Kentang Cheesy Wedges Simple
Sarapan pagi dengan homemade cheesy wedges sedap ala KFC dan puas hati sebab buat sendiri. Potato wedges kalau nak beli sekilo lebih kurang RM7 atau RM 8, kentang tu kecik je.
Disebabkan kami memang suka makan potato wedges dengan sos cheesy wedges, kami ambil keputusan untuk buat sendiri di rumah kerana lebih sedap dan penjimatan berbaloi.
Cara Membuat Cheesy Wedges
1. Kupas kentang sama ada dikulit atau tidak, potong ikut citarasa dan rebus sebentar bersama kiub ayam dan garam.
2. Toskan kentang dan biarkan supaya sejuk serta kurang basah.
3. Gaulkan semanjanya dengan tepung Pedas Bestari atau mana-mana tepung segera serba guna pedas.
4. Susun potato wedges dalam dulang supaya senang dibungkus nanti. Tepung serba guna juga sempat salut dan tampal pada kentang sebelum langkah seterusnya.
5. Packing kentang dalam plastik supaya nanti senang nak ambil apabila nak guna nanti.
6. Bekukan semalaman dan boleh goreng keesokan harinya jika ingin makan. Lagi lama disimpan dalam peti ais lagi sedap.
7. Goreng potato wedges sehingga garing dan campurkan dengan serbuk keju cheezy wedges. Tuangkan ke atas hirisan kentang atau kacang ayam, anda tentukan. Sedia untuk dinikmati bersama sos cheesy wedges.
Tips Terbaik:
Bila buat dalam kuantiti yang banyak, kata esoknya nak makan cheezy wedges, malam tu yang beku dan keras ambil dan letak di bahagian bawah peti ais. Esok boleh goreng.
Kami buat potato wedges dan cheesy wedges sauce semalam, tapi pagi tadi sempat lagi merasa sarapan dengan cheezy wedges ala KFC yang paling sedap.Matlamat saya? Senang tak nak buat cheesy wedges ala KFC? Seronok? Terima kasih kepada Puan Nabila Mamat kerana sudi berkongsi resepi cheesy wedges potato yang mudah dan sedap ini. Mulai sekarang kita boleh buat dan tak perlu beli lagi.
kredit to: Bukitbesi Blog