Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Mudah & Simple Paling Sedap

Resepi kerabu sotong

Kalau mengidam nak makan kerabu sotong campur mangga atau suhun, elok buat sendiri sebab boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Resipi dan cara membuat makanan ini sangat ringkas dan mudah.

Namun begitu, resepi kerabu sotong mempunyai pelbagai versi dan ada yang berpendapat ala Thai paling sedap kerana bahannya pelbagai seperti tanpa atau dicampur dengan sambal ikan, bunga kantan dan banyak lagi.

Jika mengikut citarasa sendiri, saya lebih suka resepi kerabu sotong Thai yang ringkas kerana ia mempunyai rasa yang tersendiri iaitu masam, masin dan manis, semuanya cukup lengkap dan sangat menyelerakan. Di bawah adalah gambar resipi Thai.

Resipi kerabu sotong ala thai suhun mangga bunga kantan kembang

Jika anda jenis yang suka memasak pasti anda mempunyai tahap kreativiti yang tinggi. Jadi, anda boleh memproses resipi ini untuk dikongsi mengikut citarasa anda sendiri dengan mencampurkan bahan-bahan lain yang sesuai.

Resepi kerabu sotong thai yang dikongsikan ini adalah hasil perkongsian dari Puan Afy Al Habibi. Katanya kerabu ini boleh dimakan begitu sahaja iaitu tanpa nasi. Lebih elok dimakan bersama nasi bersama sup atau tomyam.

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Simple Sedap

Kerabu sotong resepi

Sediakan 3 ekor sotong saiz XL dan hiris bulat seperti dalam gambar di atas. Kemudian bilas sebentar dengan air panas dan toskan. Kuantiti sotong boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri.

Penyediaan kerabu Azie Kitchen Che Nom Sheila Rusly

Bahan-Bahan Hiris

  • 1 biji mempelam lemak
  • 1/6 setiap jenis lada benggala
  • 1/3 bunga kantan
  • 1/3 carrot
  • 3 biji tomato ceri
  • 1 batang serai
  • 1 batang daun ketumbar
  • 1 biji bawang merah
  • 1/4 bawang besar
  • 4 tangkai cili padi merah dan hijau

Kemudian masukkan bahan berikut menggunakan mangkuk yang lebih besar dan padankan semua bahan.

Guna jus lemon lebih power
  • 2 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3/4 sudu besar gula perang castor
  • 1/3 sudu besar garam bukit

Selepas itu, perah 3 biji limau nipis dan ambil jus lemon sahaja. Juga, tambahkan secubit dua serbuk lada hitam dan kepingan cili. Kacau sehingga sebati.

Baca : Resepi Sos Cili Thai Homemade

Juadah makanan sedap waktu berbuka

Masukkan semua bahan yang dihiris bersama sotong yang telah dipotong dan dicelur ke dalam mangkuk. Gaulkan semuanya sehingga sebati.

Cara nak buat kerabu sotong mudah

Baca Juga : Resepi Sambal Belacan Sedap Ala Thailand

Cara membuat kerabu sotong sedap tanpa sos ikan

Mesti tak sabar nak makan kan? Sebab baunya juga sangat menyelerakan selain rasa meleleh air liur bila tengok berkali-kali. Pasti anda akan mengganggunya walaupun sedikit kelak, kata Puan Afy Al Habibi.

Untuk pengetahuan anda, cara dan resepi kerabu sotong yang dibuat oleh pakar masakan terkenal seperti Azie Kitchen, Sheila Rusly, Yatie Kitchen dan Che Nom hampir sama cuma bahan-bahannya mungkin berbeza.

Cuba buat sendiri di rumah, sangat mudah dan paling sedap resepi kerabu sotong ni. Nak lagi sedap, campurkan suhu dan mango ala Thai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.