Resepi Laksa Penang Asli Sedap Simple & Kuah Pekat

resepi laksa penang

Laksa Penang merupakan salah satu makanan popular di utara iaitu di negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Sehingga hari ini, ramai yang meminati makanan ini yang berkuah daripada daging dan tulang ikan segar dan sardin menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Ada yang mengatakan resipi Laksa Pulau Pinang antara negeri agak berbeza mengikut kuah laksa yang mempunyai kelainan, katanya. Namun, pada saya, ia tidak berbeza sama sekali kerana rasanya hampir sama dan bahan-bahannya juga hampir sama.

Bagi anda yang menggemari makanan ini, anda boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah dengan mengikuti resipi Laksa Penang yang dikongsikan oleh beberapa pengguna Facebook mengikut versi masing-masing.

Resepi Laksa Penang

Ada yang beranggapan petua untuk merasai kuah laksa Pulau Pinang adalah dengan menambah gula merah dan juga otak udang di samping nenas yang dikisar dan digaul dalam kuah semasa dimasak.

Namun, setiap versi mempunyai kelebihan dan rasa yang agak berbeza mengikut bahan yang diadun dalam kuah laksa. Berikut adalah resipi asli laksa Pulau Pinang, versi Shai Anne Ahemed.

Resepi Laksa Penang Asli

laksa penang

Bahan Kuah Laksa Pekat

  • 1 kg ikan selayang atau ikan sardin
  • 4 asam keping
  • 1/2 bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5/6 sudu makan cili giling
  • 3/4 biji cili padi
  • 3 cm belacan
  • Otak udang(petis udang)
  • Segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • Garam dan gula secukup rasa
otak udang

Bahan Ulam Laksa

  • 4-5 biji telur rebus – dibelah dua
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 1/2 labu bawang besar – dihiris
  • 1/2 biji nanas – dihiris
  • 1 batang timun – dihiris
  • 5-6 biji limau kasturi – dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad – dihiris
  • Sedikit daun pudina

Cara Memasak Laksa Penang Kaw

Laksa

Laksa hendaklah direndam dalam air sekurang-kurangnya 30 minit dan kemudian direbus sehingga empuk, toskan dan ketepikan sementara.

Kuah Laksa Paling Sedap

1. Ikan selayang hendaklah direbus, kemudian asingkan ikan dan ketepikan air rebusan ikan. Ikan rebus hendaklah diasingkan dengan isi dan tulang. Kemudian campurkan isi ikan dan air rebusan ikan untuk dikisar.

2. Tulang ikan selayang juga perlu diasingkan dan juga dikisar bersama lebihan air masak dan airnya ditapis.

3. Kisar bawang besar, bawang besar dan cili padi. Bahan kisar ini perlu dicampur dengan bahan ikan rebus. Kemudian, panaskan periuk.

4. Masukkan cili kisar atau cili kering dan belacan, asam keping. Setelah mendidih sedikit masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau perlahan sehingga mendidih dan rasa. Mudah.

Resepi Laksa Penang Simple

Pertama sekali bahan utama yang perlu ada ialah ikan sama ada ikan sardin, ikan tenggiri, ikan mata besar, atau apa sahaja jenis ikan. Paling sedap ialah sardin.

1. Ikan sardin perlu dibersihkan pada waktu siang dan mesti dibersihkan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan dicampur dengan garam dan jus lemon. Sebaiknya perap sekejap dan basuh semula.

kuah laksa penang pekat

2. Rebus ikan sardin dengan asam keping sehingga lembut. Kuantiti masam keping hendaklah mengikut anggaran hanya berdasarkan jumlah ikan yang anda rebus.

cara pekatkan kuah laksa penang

3. Setelah ikan direbus, asingkan antara ikan dan tulang. Isi ikan hendaklah dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahan-bahan Untuk Pes Laksa Penang

1. Cili kering dalam lebih kurang 20 tangkai dan jika tidak suka pedas boleh kurangkan bilangan cili kering.

resepi laksa utara

2. Bawang merah sebanyak 10 ulas.

3. Bawang putih sebanyak 3 ulas.

4. Belacan dalam anggaran sebesar duit 50 sen dan ia perlu dibakar terlebih dahulu.

5. Kisarkan semua bahan di atas bersama-sama dalam satu blender.

Bahan-bahan Kuah Laksa Penang

resepi laksa penang paling sedap

1. Isi dan tulang perlu dikisarkan berasingan serta ditapis.

2. Cili kering, bawang putih dan belacan yang telah siap dikisarkan.

3. Daun kesum mengikut anggaran sahaja.

4. Asam keping juga mengikut anggaran saja.

5. Bunga kantan tidak perlu terlalu banyak, cukup 2 atau 3 kuntum saja.

6. Satu lagi bahagian isi ikan yang telah siap diramas kasar.

Cara-cara membuat Laksa Penang

Semua bahan sudah siap dan kita boleh mulakan cara memasak kuah Laksa Penang yang dikongsikan oleh Puan Darissa Daud.

laksa penang resepi pulau pinang

1. Satukan semua bahan untuk membuat kuah dalam periuk yang sesuai.

2. Perasakan dengan gula dan jangan terlalu manis kerana kuah laksa sepatutnya masam, masin dan sedikit manis.

3. Biarkan masakan kuah tersebut mendidih.

4. Masukkan garam dan rasa jika sudah cukup masin untuk memenuhi citarasa anda.

5. Anda juga boleh menambah perasa Maggie seperti yang ditunjukkan dalam gambar secukup rasa. Apabila semua perisa kuah laksa ada masam manis dan masin-masam, barulah sempurna dan sedap.

gambar laksa penang

Semoga perkongsian resepi laksa penang power dan resepi asli Pulau Pinang paling sedap serta versi proses ini dapat membantu anda untuk menyediakan kuah laksa dengan mudah, cepat dan menyelerakan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *