Resepi Mee Bandung Simple dan Sedap Rahsia Kuah Pekat

Mee bandung sangat terkenal di Muar, Johor dan hidangan ini juga sangat mudah dibuat jika anda mengetahui kaedah dan resepi rahsia yang menggunakan daging atau tulang dan udang rebus sebagai penyedap rasa.

Kini, cara memasak mee bandung homemade lebih mudah dengan pes dan ia juga diolah agar lebih menarik mengikut kreativiti tukang masak seperti Azlita Ita, Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi yang pengganas.

Jika anda gemar memakan makanan ini, anda boleh saja mencuba membuatnya sendiri di rumah dengan mengikut kaedah seperti yang dikongsikan termasuk paparan gambar satu persatu.

Resepi Mee Bandung Sedap

Bahan-Bahan

Resepi mee bandung simple
  • 1 peket mee kuning 1 kg dicelur sekejap

Bahan Yang Dikisar

  • 10 tangkai cili kering yang direbus
  • 3 ulang bawang putih
  • 2 biji bawang besar

Bahan Sampingan Utama

Kuah pekat likat
  • Semangkuk udang geragau dikisar
  • Semangkuk kacang tanah digoreng dan kisar
  • 1/2 kg daging dihiris dan direbus
  • 20 atau 30 ekor udang segar
  • 3 keping fish cake dihiris
  • Sawi dicelur
  • Sedikit tepung jagung
  • 2 keping tauhu dihiris
  • Garam dan gula
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Telur

Cara-cara Membuatnya

Guna pes

1. Tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau

2. Masukkan udang geragau bersama kacang tanah, kacau hingga betul-betul sebati dan biarkan seketika.

3. Masukkan air rebusan daging bersama hirisan daging, kacau lagi hingga rata dan biarkan mendidih. Kalau nak kuah pekat, masukkan bancuhan tepung jagung, dan tambah lagi air hingga cair.

4. Bila daging dah lembut atau empuk, kuah nampak pekat bila kacang dah mula kembang, baru masukkan fishcake dan udang hidup dan gaul semua.

5. Kemudian, masukkan garam dan gula, perasa mengikut tahap kemasinan dan kemanisan masing-masing.

Tanpa udang kering

6. Akhir sekali pecahkan telur ikut kuantiti bergantung, ingatkan bila nak masukkan telur, perlahankan api supaya telur tidak keras. sedia.

Muar

Betapa mudahnya untuk dilakukan? Rasanya sesiapa sahaja boleh menghidangkan mee Bandung yang ringkas ini dengan syarat ada keinginan dan kerajinan yang tinggi tanpa rasa malas di jiwa kan?

Untuk Penyajian Nak Makan

  • Letakkan mee kuning yang dicelur dalam mangkuk
  • Masukkan sawi yang telah siap dicelurkan
  • Diikuti dengan hirisan tauhu
  • Masukkan kuah bersama telur
  • Taburkan bawang goreng
  • Perahkan limau kasturi sedikit
  • Gaul rata dan boleh makan

Petua Rahsia Kuah Pekat

Cara memekatkan kuah mee bandung ialah masukkan Marie atau Biskut Crunchy seperti dalam gambar, idea dari Puan Syakila Thulus yang katanya paling power dan sedap.

Sama ada tepung jagung atau serbuk biskut, anda decide dan boleh try and error, mana tahu anda boleh jual untuk bisnes jadi viral Malaysia, siapa tahu?

Kesimpulan

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi versi mee bandung ini seperti contoh ala Jawa, dari Terengganu, Kelantan, Utara dan sebagainya. Namun, mee bandung muar memang terkenal di Malaysia.

Bukan wanita sahaja yang boleh memasak mee bandung yang ringkas ini, lelaki juga boleh sebab penyediaannya tidak cerewet kerana semua bahan-bahannya sangat mudah didapati.

Semoga perkongsian resepi mee bandung yang sedap dan ringkas dari Puan Har Ryea ini dapat memudahkan anda untuk menghidangkannya hari ini, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *