Resepi Mee Goreng Mamak Simple Paling Sedap Asli Dari Penang

Resepi mee goreng Mamak yang anda kongsikan ini patut cuba buat sendiri di rumah kerana ia adalah cara memasak dan penyediaan yang paling sedap dan mudah asalkan ada semua bahan utamanya pasti rasa asli dari Pulau Pinang.

Mee goreng ada yang kering dan basah, tetapi apakah rahsia istimewa yang membuatkan mee goreng kita menyelerakan seperti membeli di restoran Mamak? Mungkin ramai yang tidak tahu resepinya.

Mee goreng Mamak hari ini disediakan mengikut kreativiti chef sendiri seperti resipi dari Azie Kitchen, Che Nom, Sheila Rusli, Pak Li, Mat Gebu, Yatie Kitchen, Khairul Aming dan ramai lagi.

Resepi Mee Goreng Mamak Penang Simple Sedap

Mi goreng kering dan basah

Resepi mee goreng Mamak asli daripada saudara Adnan Bin Mat Abu yang berkongsi cara-cara menghidangkan masakan ini bermula dari penyediaan pes sehingga siap untuk dimakan sepenuhnya.

Bahagian 1 – Pes

  • Kacang dal
  • Kacang tanah
  • Cili kering
  • Udang geragau
Mee goreng mamak style simple

1. Basuh semua bahan di atas kecuali udang yang perlu digoreng sekali sahaja. Kemudian masukkan udang setelah dal dan kacang tanah benar-benar garing.

Resipi mee goreng mamak penang

2. Setelah selesai menggoreng semua bahan. Kisar semua dan tumis sebelum masukkan sesudu serbuk lada Babas ke dalam tumis.

Bahagian 2 – Cucur Udang

  • 2 cawan tepung gandum
  • Sesudu gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Satu sudu kecil mauripan
  • Air
  • Hirisan bawang
  • Daun kucai
Cara buat mee goreng sedap

1. Masukkan semua bahan dan gaul semua dan masukkan mauripan kemudian masukkan air mengikut kepekatan yang anda mahu kemudian masukkan hirisan bawang besar bersama daun kucai.

2. Setelah semuanya sebati, anda perlu merehatkannya dalam tempoh masa sekurang-kurangnya sejam sebelum digoreng. Tiada masalah?

3. Selepas itu, boleh juga masukkan udang geragau ke dalam adunan, namun tidak wajib kerana ia telah dimasukkan ke dalam pes. Bergantung pada citarasa masing-masing.

Proses buat pes

4. Goreng adunan udang dalam kuali dengan api sederhana besar dan pastikan ia telah berehat selama sejam sebelum mula menggoreng.

Bahagian 3 – Mee Goreng Mamak

Pembuatan cucur udang
  • Mee kuning
  • 3 ulas bawang putih
  • Potongan isi ayam
  • Fish cake dan fish ball
  • Udang segar
  • 3 biji telur
  • Sayur sawi atau siew pak choy
  • Kicap
  • Sos cili

1. Tumis 3 ulas bawang putih yang telah dihiris nipis dan masukkan kepingan ayam, fish cake dan fish ball.

2. Bila dah masak boleh masukkan udang segar yang telah dikisar hingga hancur. Pastikan masak sehingga naik atau pecah minyak sebelum masukkan tiga biji telur.

3. Anda perlu pastikan telur hampir keras kemudian kacau rata, kemudian masukkan tangkai sawi diikuti perasa dengan garam mengikut tahap kemasinan yang dikehendaki.

Mi goreng mamak kuah kacang

4. Masukkan mee, bila batang sawi dah lembut masukkan mee dan daun sawi, kacau rata. Masukkan pes yang telah disediakan, dan kacau sehingga sebati, diikuti dengan kicap dan 3 sudu besar sos cili.

Untuk mee kuning, petua hilangkan rasa limau nipis resepi mee goreng mamak ini, perlu direndam dengan air yang dibancuh dengan sesudu gula dan tidak perlu dicelur, hanya rendam beberapa minit sahaja. Hasilnya memang paling sedap.

Begitu juga dengan sayur sawi boleh juga guna siew pak choy atau dipanggil baby mustard, tak salah, asalkan sayur kan?

5. Akhir sekali masukkan taugeh, tauhu yang telah diperah, cili besar dan ketulan udang yang telah dipotong sehingga naik wap dan naik bau.

Mamak fried mee kedai

Sedia dan boleh makan sekeluarga atau boleh berniaga menjual sama ada di kedai atau gerai depan rumah, kenapa? Sebab paling sedap, tak percaya? Cuba dulu baru tahu kesedapan resepi asal ini.

Kesimpulan

Kalau di kedai mamak, macam mana nak buat mee goreng, lebih kurang dengan cara dan resepi ini kerana bahan-bahannya hampir sama yang juga termasuk cucur udang seperti yang dikongsikan di atas.

Versi mee goreng mamak ala Penang memang banyak sangat, ada yang campur serbuk kari, kentang rebus lenyek, campur kuah kacang dan isi ayam atau sayur sahaja (vegetarian).

Orang kata, kalau nak buat mee goreng basah kena tambah air untuk buat kuah, nak kering tak perlu air dan kita yang buat pun ikut kemahuan kan?

Apa pun cara dan resepinya, kita sendiri yang masak dan kita boleh buat ikut idea sendiri asalkan bahan asasnya ada dan tidak lari dari tujuan asal membuat mee goreng mamak ala Pulau Pinang.Semoga perkongsian resepi mee goreng Mamak ringkas dari Adnan Bin Mat Abu ini memudahkan anda untuk menyediakannya di rumah nanti.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *