Resepi mee kari ringkas ini sangat mudah disediakan dengan cara membuatnya dan rahsia tersembunyi gaya cina yang menjadikan kuah dan rasa paling sedap seperti makan di kedai atau restoran.
Perkongsian resepi mee kari ayam ini menjadi viral di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mengaku pernah membuatnya sendiri di rumah dan berbaloi mencuba kerana puas makan satu keluarga.
Menu masakan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dan kebiasaannya menjadi pilihan ramai dengan menghidangkan ketika Hari Raya, Rumah Terbuka dan sebagainya yang tidak sukar untuk dibuat, lihat sahaja gambar-gambar yang dipaparkan.
Selain itu, kuahnya juga boleh dimasak tanpa santan dengan tidak memasukkannya tetapi hasilnya selepas itu mungkin kurang sedikit daripada biasa, itu sudah pasti jawapannya.
Ada yang kata resepi air tangan orang Terengganu, Kelantan dan utara boleh tahan keenakannya dan kalau nak tahu kena cuba dulu baru tahu hasilnya kan? Mari lihat cara membuat hidangan ini.
Resepi Mee Kari Simple dan Mudah Chinese Style
Dikatakan asal usul mee kari bermula daripada orang Cina yang mencipta menu ini dengan nama Pinyin atau Galimian yang sehingga kini sangat digemari ramai orang Asia termasuk rakyat Malaysia.
Mee kuning dan ayam adalah bahan utama atau boleh juga digandingkan dengan kerang yang akan membuatkan kuah lebih pekat dan sedap, pastinya hasil pemprosesan dari Puan Julieta.
Bahan-Bahan Utama
- Sebungkus mee kuning dicelur
- Dua biji bawang besar (blend)
- Tiga ulas bawang putih (dikisar)
- Dua biji bawang merah (kisar)
- Tauhu kering
- Fish cake
- Fish ball
- Dua bungkus serbuk kari daging brand O sedap
- Semangkuk cili kering dikisar
- Setengah ekor yang dipotong kecil
- Semangkuk besar santan segar
- Dua batang serai yang diketuk
- Asam keping
- Santan segar
- Garam dan gula
Untuk Hiasan
- Kacang panjang dicelur
- Sawi perlu juga dicelur
- Taugeh
- Limau kasturi atau limau nipis
- Sambal
Untuk Sambal
Penyediaan sambal untuk mee kari sangat mudah dan hanya memerlukan segenggam cili kering yang perlu direbus seketika, apabila masak atau empuk, barulah dikisar bersama bawang besar.
Setelah siap dikisar kedua-dua bahan tumis dalam kuali dengan sedikit minyak masak hingga naik bau atau pecah minyak. Seterusnya campurkan sedikit garam dan sedikit gula untuk rasa manis.
Penyediaan Kuah Kari
Mula-mula, panaskan periuk berisi minyak dan kemudian goreng serai yang telah diketuk sekejap. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga mengeluarkan bau rumah dan kelihatan berwarna keperangan.
Masukkan rempah kari ke dalam bancuhan cili dalam mangkuk kecil, dan pastikan ia masak sepenuhnya sehingga keluar minyak yang naik.
Langkah seterusnya, masukkan kepingan ayam kemudian kacau sehingga sebati dan pastikan ayam separuh masak kemudian masukkan sukatan santan sama ada pekat atau cair yang anda tetapkan.
Kalau nak mee kari berkuah pekat, santan kena tambah sikit macam biasa, kalau nak cair tambah air atau sebaliknya ikut citarasa.
Saya sendiri masukkan santan segar pekat dalam mangkuk besar dan selepas itu, saya tambah dua tiga keping asam keping dan tidak perlu banyak.
Apabila kuah telah mendidih, perasakan dengan gula serta garam dan pastikan rasanya mengikut selera. Anda juga boleh meletakkan Ajinomoto dan ini tidak wajib bergantung pada kemahuan dan keinginan.
Selepas itu masukkan bebola ikan, fish cake dan tauhu kering. Kemudian biarkan mendidih dan kuah akan meresap ke dalam tauhu yang telah dibancuh tadi. Itu sahaja dan sedia untuk dimakan.
Ini adalah resipi mee kari yang sedikit berbeza, katanya yang dikongsikan oleh Puan Nursyura Ibrahim Kutty termasuk kerang bersama udang kering yang dikisar halus untuk menyedapkan masakan.
Bahan-bahannya juga sedikit berbeza ditambah dengan kiub ayam Knorr, dan daun kari, serta cara-caranya, hampir sama dengan resepi viral di atas. Yang mana pilihan terpulang pada tuan punya badan nak layan.
Kesimpulan
Mudah sangat nak buat resepi mee kari simple macam ni, semua orang boleh buat asalkan ada kemahuan dan kerajinan nak duduk dapur dan try and error wajib bagi tukang masak kan?
Jika anda seorang yang gemar makan mee kari, anda boleh segera mencuba membuatnya sendiri dengan mendapatkan semua bahan-bahan atau rekaan yang diperlukan dengan kreativiti anda sendiri supaya kuahnya lebih sedah pekat.
Untuk pengetahuan anda, resepi menu ini boleh disediakan mengikut citarasa seperti yang dibuat oleh Azlina Ina, Yatie, Azie Kitchen, Che Nom, Sheila Rusly, Chef Ismail, Mamak style, Nyonya dan juga kaum Cina.
Kita boleh buat eksperimen sebagai percubaan, mana tahu setelah bertungkus lumus akhirnya mencuba resipi idea yang kita boleh berniaga dan menjual ke seluruh dunia, siapa sangka?Semoga perkongsian dari Facebook cara membuat resepi mee kari yang paling ringkas dan sedap ini dapat membantu anda untuk membuatnya di rumah dan dimakan bersama keluarga nanti.
kredit to: Bukitbesi Blog