Resepi Nasi Arab Mandy Ayam Simple Sedap & Mudah

Nasi Arab

Kenapa hidangan ini sangat lazat dan mempunyai peminatnya sendiri? Ia bukan sahaja popular di Timur Tengah tetapi juga di Malaysia yang terkenal dengan latar belakang berbilang kaum dan etnik.

Mungkin kerana adunan istimewa rempah ratus ditambah sambal bersama lauk pauk yang biasanya dimasak bersama kambing dan ayam membuatkan makanan ini sangat sedap dan menyelerakan.

Sebenarnya cara memasak nasi arab kabsah ini sangat ringkas, mudah dan semestinya jika anda ikut step by step dengan resepi yang dikongsikan dan dijamin anda pasti puas makan sehingga kenyang.

Lebih menarik, bahan-bahan tersebut sudah tersedia di bahagian dapur rumah anda dan hanya ada beberapa lagi yang perlu anda dapatkan di mana-mana kedai atau pasar raya berdekatan.

Resepi Nasi Mandy Ayam & Kambing Sedap

Resepi Nasi Mandy Ayam

Mungkin ada yang bertanya apa beza nasi Arab Mandy dan Kabsah, malah kedua-duanya mempunyai kina sendiri dan kemungkinan resipi dan cara penyediaannya berbeza di sesetengah tempat.

Namun begitu, ia mempunyai banyak persamaan atau lebih tepat adalah sama antara Nasi Kabsah dan Mandy tetapi yang pasti ia dimasak menggunakan beras Basmathi yang berkualiti menjadikannya sangat sedap.

Dari segi rupa dan warna, nasi mandy berwarna kekuningan dan Kabsah berwarna perang sedikit atau keperangan yang boleh didapati di mana-mana restoran Arab.

Rempah dan perisa, Kabsah lebih banyak menggunakan rempah ratus dan air rebusan kambing dan rasanya pastinya kurang berbanding nasi mandy yang menggunakan air rebusan ayam.

Nasi Mandy Ayam

Bagi anda yang ingin mencuba resipi nasi mandy ini, sila ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan di bawah dan pastikan anda tidak melangkau langkah yang dipaparkan.

Bahan-Bahan Utama

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil bunga cengkih
  • 8 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 helai daun salam (bay leaf)

Cara Penyediaan

1. Pertama sekali, semua bahan di atas perlu direndam hingga habis.

2. Apabila semuanya telah diurus, ia hendaklah dikisar dan pastikan tidak terlalu halus.

Bahan Untuk Nasi Arab

Resepi nasi mandy kambing
  • 4 cawan beras basmathi extra long (direndam dalam 20minit, toskan)
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cili hijau besar
  • 1/2biji bawang holland (potong dadu )
  • 1/2 sudu besar rempah mandy
  • Daun ketumbar (hiris halus)
  • Garam
  • Kismis hitam
  • 3 sudu besar minyak sapi untuk menumis
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • Pewarna kuning / safron

Cara-Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak sapi kemudian tumiskan daun bawang, bawang putih, rempah mandy dan masukkan semua cili hijau.

2. Masukkan 6 cawan air rebusan ayam, kemudian masukkan beras dan perasakan dengan garam secukup rasa.

3. Bila nasi dah masak, renjiskan segera dengan pewarna kuning atau boleh letak kunyit.

Baca : Resepi Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Terengganu

Stok Ayam atau Sup

Nasi mandy

Stok ayam ialah rebusan ayam untuk nasi dan sup yang perlu dibuat dengan bahan dan langkah berikut:

Bahannya

  • ¹/² biji bawang holland ( hiris nipis utk tumis )
  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun salam/ bay
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 10 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar rempah mandy

Cara-Caranya

1. Panaskan minyak dan masukkan daun salam, lada hitam, kayu manis, daun bawang dan tumis semua bahan sehingga naik bau harum satu rumah.

2. Masukkan air, kiub pati ayam dan ayam. Rebus ayam sehingga sedikit masak.

Perapan Ayam

Cara buat nasi mandy arab
  • 2 sudu besar minyak zaitun/ butter cair
  • 1 sudu kecil smoked paprika / serbuk cili
  • Sedikit pewarna kuning / saffron
  • 1/2 sudu besar rempah mandy
  • 1 sudu besar jus lemon

1. Campurkan semua bahan di atas dan kacau hingga sebati.

2. Sapukan pada permukaan ayam dan perap ayam sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam.

3. Kemudian bakar pada suhu 180 – 200 Celsius selama 15 minit atau sehingga masak.

Sup

  • Baki rebusan ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng

Salad

  • Bahan-bahan
  • 1 biji timun ( dipotong dadu)
  • 2 biji tomato ( dipotong dadu)
  • 1/2 biji bawang holland, (dipotong dadu)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Daun ketumbar, dihiris halus

Caranya

1. Campurkan kesemua bahan tersebut kemudian digaul sehingga ia sebati.

Sambal

Rempah ratus

Bahan-bahan

  • 4 biji bawang putih
  • 2 biji tomato
  • 10 biji cili padi
  • 5biji cili merah
  • Sedikit daun dan batang ketumbar

Cara penyediaannya

1. Kisarkan semua bahan di atas untuk jadikan sambal.

2. Masukkan garam, gula dan jus lemon mengikut citarasa sendiri.

Lauk daging

Tips

Untuk mendapatkan bau atau aroma nasi arab salai seperti yang dijual di kedai atau restoran besar, letak ayam bakar di atas nasi, ambil aluminium foil yang telah disapu minyak.

Seterusnya, letak arang dan tutup selama 10 minit seperti gambar daripada Puan Nur Masri yang berkongsi resipi nasi arab mandy ini di laman Facebooknya.

Baca Juga : Resepi Nasi Beriani Kambing dan Ayam Masala

Cara Buat Nasi Mandy Kambing

Berikut adalah video resepi nasi kambing mandy yang dikongsikan oleh saluran Dapur Ayah di YouTube dikenali sebagai Irmy Ibrahim Aie yang memaparkan satu persatu dari awal hingga akhir masakan.

Kesimpulan

Malah, nasi mandy pada masa kini mempunyai pelbagai versi dan gaya yang disediakan oleh mereka yang pakar dalam masakan seperti Chef Ammar, Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi yang sangat kreatif.

Selain ayam dan kambing sebagai ulam, anda juga boleh menggantikan ulam kepada udang, sotong dan sebagainya mengikut kemahuan dan citarasa anda sendiri.

Cara memasak nasi Arab juga berbeza-beza pada zaman moden ini kerana ada yang memasak menggunakan periuk tekanan, periuk nasi dan pelbagai lagi. Anda juga boleh tweak mengikut kreativiti dan idea yang hebat.

Semoga perkongsian resepi nasi arab ayam dan kambing ini dapat membantu anda untuk menyediakan makanan ini dengan mudah dan cepat, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *