Resepi Nasi Ayam Thai Viral Simple dan Sedap

resepi nasi ayam thai

Pasti ramai yang tahu memasak nasi ayam dan mungkin ada yang masih tidak tahu resepi ala Thai yang menjadi viral di laman Facebook beberapa bulan lalu.

Rupa-rupanya ada pelbagai jenis nasi ayam iaitu jenis biasa, Hainan, Thai dan sebagainya. Walau bagaimanapun, semuanya lazat dengan cara tersendiri.

Untuk kali ini kami kongsikan resepi nasi ayam Thai yang hampir sama dengan nasi ayam yang lain cuma bahan-bahannya berbeza sedikit.

Menariknya, nasi ayam yang dimasak hanya menggunakan periuk nasi menjadikan resipi ini sangat mudah dan boleh dibuat oleh semua orang.

Resepi Nasi Ayam Thai Style

cara masak nasi ayam

Bahan-Bahan Untuk Nasi Ayam & Sup

nasi ayam resepi ala thai
  • Seekor ayam dipotong 4
  • 4 cawan beras
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang besar
  • Akar ketumbar
  • Perasa Maggi Cukup Rasa
  • 2 kiub pati ayam

Bahan-Bahan Untuk Sos dan Ulam

nasi ayam thailand

Ulam

  • Tomato
  • Timun Jepun
  • Salad

Sos Nasi Ayam

sambal cili
  • Sos cili Thai
  • Cili padi
  • Daun ketumbar

Untuk nasi, mengikut bilangan orang yang makan, anda boleh menambah kuantiti periuk nasi serta bawang putih dan besar termasuk perasa Maggi.

Untuk sos cili Thai, anda boleh menggunakan apa-apa jenis dan dalam resipi ini, jenama Maepranom digunakan seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Baca : Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Cara-cara Memasak

nasi ayam viral

Untuk merebus ayam, pastikan masukkan akar dan tangkai ketumbar serta bawang putih, bawang besar dan kiub ayam seperti cara dalam gambar.

Rebus ayam bersama bahan di atas dalam kepingan kasar. Rebus ayam sehingga 3/4 masak dan tidak perlu tambah garam kerana kiub ayam sudah masin.

Setelah ayam masak selepas direbus, bahagikan air rebusan kepada dua bahagian iaitu untuk nasi dan untuk sup ayam nanti.

Cara Masak Nasi

resepi sos nasi ayam

Untuk memasak nasi ayam, basuh beras seperti yang anda basuh untuk nbasi biasa. Gunakan air rebusan ayam sepenuhnya untuk memasak nasi dan tidak perlu tambah air.

Jika ditambah air, rasa ayam mungkin hilang dan sukatan air ialah 5 cawan air masak untuk 4 cawan beras.

Kemudian, letak 3/4 ayam rebus tadi di atas nasi dan masak seperti biasa dan tunggu sehingga nasi betul-betul masak.

Untuk sup ayam, masukkan kaki atau tulang ayam, daun ketumbar dan perasakan dengan sedikit garam kerana kiub ayam dan perasa Maggi telah diletakkan.

Sementara menunggu nasi masak, boleh sediakan sos ayam atau sambal. Lagi senang sebab semua dah ada sebab guna sos cili dalam botol.

Perlu diingatkan, resepi nasi ayam Thai tidak mempunyai kicap seperti nasi ayam biasa dan cara membuat sosnya adalah seperti berikut.

Baca : Resepi Chicken Chop Grill Black Pepper

Untuk sosnya cuma perlu masukkan daun ketumbar dan cili padi yang telah dipotong dan tidak perlu tambah apa-apa lagi kerana sos cili Thai sudah lengkap.

Kalau nak rasa lebih pedas, masukkan saja cili potong sebab sos cili ni tak terlalu pedas dan rasanya memang sedap.

Itu sahaja cara dan resipi nasi ayam ala Thai yang dikongsikan oleh saudara Hanis Mohamad yang dikongsikan di laman Facebook.

Semoga perkongsian resepi nasi ayam Thai ini dapat membantu anda untuk menyediakan hidangan ini di rumah dengan mudah dan cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.