Resepi Nasi Minyak Terengganu Gulai Ayam Masak Merah Sedap

Resepi nasi minyak Terengganu

Masakan nasi minyak terengganu dengan ayam masak merah ringkas merupakan resipi rahsia yang dikongsikan oleh anak jati yang nasinya sangat sedap, lembut dan menaikkan semangat. Bagaimana hendak masak? Ianya mudah dan pasti ramai boleh buat.

Katanya, hidangan terbaik ini juga rasanya seperti lauk yang dimakan apabila siap kenduri kahwin, ada gulai daging. Pasti nak tambah nasi dan puas hati bila masak sendiri.

Resepi nasi minyak ala Terengganu dan ayam masak merah yang dikongsikan oleh Puan Mimie Hazrin di laman Facebook MAHN Group yang telah mendapat perhatian ramai netizen yang menyatakan resipinya sangat menarik dan gambar-gambarnya juga nampak best dan menyelerakan.

Rahsia Resepi Nasi Minyak Terengganu Ayam Masak Merah

Boleh cuba masak nasi minyak terengganu dan ayam masak merah ni. Pastikan anda mengikut langkah demi langkah sehingga tamat proses memasak supaya masakan anda menjadi sedap. Mari lihat cara untuk membuatnya.

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi ayam masak merah

Bahan-bahannya adalah seperti di bawah: Mengikut kuantiti yang anda tentukan sendiri kerana masing-masing boleh memiliki berapa banyak ayam untuk dibuat dan berapa ramai orang untuk makan. Lebih tepat lagi, kami kongsikan juga resepi nasi hujan panas versi kedua yang lengkap.

Anda perlu tumis bawang besar dan masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, halia, serai dan daun pandan.

Setelah bawang garing masukkan cili kisar dan bila sambal dah masak masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Akhir sekali, masukkan susu carian bersama kacang polong dan tomato jika perlu.

Bahan-bahan Resepi Nasi Minyak

Hujan panas
  • Bawang Putih (hiris nipis)
  • Halia (hiris nipis)
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun Pandan
  • Minyak Sapi
  • Garam
  • Susu Cair
  • Sunquick – 1 sudu

Tumis semua bahan dan masukkan bahan tumis ke dalam beras yang telah dibasuh. Jumlah air hendaklah sedikit sahaja supaya nasi tidak lembut atau keras.

Gambar nasi minyak Terengganu

Resepi nasi minyak ini akan lebih lengkap dan sedap jika ada gulai daging dengan acar timun. Kari daging dimasak menggunakan rempah ratus istimewa dari Teganu kami.

Rempah yang digunakan juga sama untuk membuat nasi dagang iaitu rempah gulai dan rempah masak Cap Bunga Rose yang mudah didapati di mana-mana kedai runcit atau pasar raya di Malaysia.

Akhirnya siap juga resepi nasi minyak ala ganu ayam masak merah yang dikongsikan oleh Puan Mimie Hazrin yang kini menjadi perhatian ramai selepas resipi ini dikongsikan di Facebook.

Nasi Minyak Terengganu Gulai Daging Bawang Goreng

Nasi hujan panas orang ganu

Resepi nasi minyak ini adalah perkongsian dari Puan Noorizan Mohd Noor yang mengatakan resipi ini adalah cara beliau sendiri. Anda boleh mengikuti proses perkongsian langkah demi langkah yang lengkap.

Bahan-bahan

  • 3 pot beras Basmathi (Cap Monghul)
  • 5 pot air campur 1 pot susu cair bersama sesudu makan limau
  • Atau satu sudu makan cuka dicampurkan ke dalamnya

Bahan Tumis

  • 5 biji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih
  • Sehelai daun bay
  • 1 sudu teh jintan manis, jintan putih
  • 1 sudu  teh ketumbar yang dikisar halus
  • 2 atau 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Rempah 4 sekawan

Cara-cara Membuat

Tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan nasi Basmathi yang telah dibakar. Goreng sekejap dan tak lama. Masukkan air yang telah disukat dan juga daun pandan yang telah di simpulkan.

Apabila sudah masak, taburkan kismis, bawang goreng dan taburkan pewarna kuning. Kalau suka warna lain pun boleh dan tak salah.

Resepi Gulai Daging Bawang Goreng

Resepi gulai daging bawang goreng

Bahan-bahan

  • 1 kg daging, dipotong kecil, dibasuh dan tos
  • 3 sudu besar atau lebih rempah kari daging (saya guna cap Jam)
  • Bahan-bahan dikisar halus
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup atau 1 sudu makan kunyit serbuk
  • Dua genggam bawang goreng diramas (sebaiknya digoreng sendiri)

Semua bahan di atas hendaklah dicampur dengan daging dan diperap selama sejam. Saya lebih suka melebihkan semua bahan tersebut.

Bahan Tumis

  • 6 biji atau 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia dimayang
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 senduk atau lebih cili kering kisar
  • 12 sudu besar minyak sapi dan minyak masak untuk menumis
  • Bahan-bahan Lain
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 tun susu cair
  • Secawan air
  • 1 sudu besar kicap lemak manis untuk cantikkan warna
  • Daun pandan yang perlu disimpul
  • Asam jawa
  • Nise
  • Serbuk perasa
  • Garam

Cara-cara Membuat

Tumis bawang besar dan rakannya hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.

Masukkan daging dan biarkan daging empuk. Seterusnya perlahankan api.

Masukkan sos tomato, asam jawa, gaul rata dan masukkan susu cair, air, kicap, perasa dengan garam bersama serbuk perasa mengikut citarasa anda.

Cara masak nasi minyak

Semoga perkongsian resepi nasi minyak Terengganu, ayam masak merah dan gulai daging bawang goreng dapat membantu dan memudahkan anda mencuba masakan yang pastinya digemari ramai ini.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *