Resepi Rendang Kerang Pedas Paling Sedap & Mudah

resepi rendang kerang sedap

Rendang kerang selalunya sedap dimakan bersama nasi putih atau ketupat, lemang dan pelbagai jenis pulut mengikut citarasa anda. Cara membuat masakan ini juga mudah dan ringkas serta memerlukan kraftangan untuk mengupas kerang.

Disini kami kongsikan resepi rendang kerang pedas paling sedap yang anda boleh buat sendiri berdasarkan kaedah yang ditunjukkan beserta rakaman video ketika memasak masakan rendang kerang ini.

Resepi Rendang Kerang Simple dan Sedap

Bahan- bahan

3kg kerang – gosok dengan berus rambut, cuci bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup selama 10 minit, dan ambil isinya.

cara masak rendang kerang pedas

Bahan kisar

  • 5biji bawang merah
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai – ambil putih sahaja
  • 10 biji cili api kampung

10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan santan dikisar halus

  • – 1 kelapa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam
  • 3 helai daun kunyit – dihiris halus
resepi isi kerang tanpa kulit

Cara membuat:

Resepi kerang rendang cili padi paling sedap
  1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukkan bahan kisar dan cili. Tumis hingga kering dan pecah minyak
  2. Masukkan santan – biarkan mendidih dengan api perlahan
  3. Masukkan kerisik dan asam keping – goreng hingga pekat
  4. Masukkan kupang dan rendang kering dengan api perlahan
  5. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan rasa dengan garam

Sebenarnya tak susah. untuk membuat kerang rendang jika mengikut cara yang ditunjukkan. Pastikan semua bahan cukup dan buat step by step, confirm jadi dan sedap. Paling penting jimat sebab buat sendiri dalam kuantiti yang banyak dan boleh makan sepuas-puasnya.

Ini resepi rendang kerang pedas yang ringkas dan sedap dikongsikan oleh Chef Aezach AR yang tular di media sosial tidak lama dahulu. Semoga perkongsian cara membuat rendang kerang ini memudahkan anda untuk memasak masakan ini dengan cepat. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.