Pasti ramai yang suka makan sos cili Thai istimewa yang boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan terutamanya seperti kerang, keropok lekor, ayam KFC, daging bakar dan banyak lagi. Apa kata anda buat sendiri ikut resepi sos cili Thai buatan sendiri yang sangat sedap.
Perkongsian resepi sos cili Thai buatan sendiri ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Puan Diyana Safiya yang berkongsi cara membuat sos cili ala Thai ini dengan menunjukkan langkah demi langkah proses pembuatan sos cili yang pernah menjadi tumpuan netizen.
Resepi Sos Cili Thai Homemade
Sos cili mesti ada di setiap rumah. Lebih-lebih lagi di rumah mereka yang rajin memasak atau membuat apa sahaja jenis makanan bergoreng pastinya memerlukan sos cili.
Di rumah sendiri, sos cili mesti ada sebab kami memang hantu sos. Dalam masa dua minggu ada dalam 2 atau 3 botol juga akan stand by. Nasib baik saya seorang yang rajin membuat sos sendiri dan di sini saya kongsikan resepi sos cili Thai homemade.
Cara membuat sos cili Thai ini sebenarnya sangat mudah dan rasanya sama seperti sos cili Thai yang dijual di pasaran. Mari kita lihat apa yang perlu dibuat dan apakah bahan-bahannya.
Bahan-bahan sos cili Thai
- Cili besar 20 hingga 25 biji
- Cili api merah 6 atau 10 biji (kepedasan anda tentukan)
- 1 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar garam
- 2 sudu besar cuka
- Satu labu bawang putih
- 3 cawan air
- Dua sudu tepung jagung
Nota: Untuk tepung jagung, kepekatan sos cili bergantung pada kuantiti air yang kita letak dan kalau lebih pekat lagi sedap.
Cara-cara membuat sos cili Thai
Pertama sekali, kisar cili besar dan cili api yang telah dicincang kasar. Jangan kisar cili sampai lumat, sebab kita nak cili potong supaya sos cili nampak cantik.
Dalam periuk, masukkan air, cuka, garam, gula dan sos ikan jika ada. Sos ikan tidak wajib tetapi jika ada pasti lebih sedap dan terangkat.
Selepas itu, masukkan cili yang telah dikisar itu tadi.
Masak dengan api sederhana hingga menggelegak dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Kacau sos sehingga sebati dan lihat betapa pekatnya sos yang kita inginkan.
Baca : Resepi Tteokbokki Gochujang
Tutupkan api dan sejukkan barulah dimasukkan ke dalam bekas yang anda inginkan.
Akhir sekali, sediakan resepi sos cili Thai buatan sendiri oleh Puan Diyana Safiya yang mengatakan bahawa sos cili ini adalah jenama sendiri yang direka dan dibuat sendiri mengikut resepi seseorang.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan jika anda ingin membuat sos cili ala Thai ini dalam kuantiti yang banyak, anda hanya perlu menggandakan setiap bahan di atas mengikut jumlah yang sesuai yang anda inginkan.
Semoga perkongsian resepi sos cili thai ini dapat membantu anda untuk membuat sos ini disamping dapat memudahkan kerja anda semasa berada di dapur tanpa perlu memikirkan apa yang perlu dibuat memandangkan resepi ini sudah lengkap dan ada.
kredit to: Bukitbesi Blog