Jika anda sukakan ayam tomyam atau masakan asli Thai, anda tahu versi mana yang paling sedap, sama ada kuah putih atau tom yam kung merah dan pedas atau rahsia resepi ringkas tapi sedap kan?
Resepi tomyam ayam dikatakan daripada jenis yang diadun dengan pelbagai bahan dan sangat mudah dibuat menggunakan pes asli dari Siam yang halal untuk umat Islam dan kini banyak dijual di kedai atau pasar raya.
Kepada anda yang ingin tahu cara membuat kuah tomyam yang ringkas dan sedap, kami kongsikan resepi paling sedap yang menarik perhatian ramai di media sosial yang diakui netizen sangat power.
Resepi Tomyam Ayam Paling Sedap Ala Thai
Berkongsi resipi tomyam ayam buatan tangan daripada Puan Dina Amalina Nordin berkata, dia mendedahkan rahsia yang terpendam selama ini mengenai cara membuat masakan tom yam seperti makan di restoran Thai.
Malah, dia turut menunjukkan langkah demi langkah cara memasak berserta gambar bahan asli masakan ini yang sangat mudah dilakukan tanpa menunggu lama, katanya.
Untuk tomyam, dia akan pastikan kuahnya sentiasa pedas, masam dan pekat. Kalau suka masam boleh tambah bahan lagi manakala untuk pesnya resepi asli dan halal dari Thailand.
Bahan-Bahan Penting
- Bawang besar atau bawang Holland belah 4
- Cili api diketuk
- Daun ketumbar
- Daun limau purut
- Serai perlu diketuk
- Air asam jawa atau pes
- Cili kisar atau cili boh
- Pes tomyam Madam Pum
- Ayam, daging, sotong atau udang
- Lobak merah
- Cauliflower atau bunga kobis
- Baby jagung
- Buah tomato dibelah empat
- Sedikit cendawan
Cara-Cara Membuat
1. Masukkan air mengikut sukatan tomyam yang dikehendaki bersama bawang besar yang telah dipotong empat dan cili api, kemudian didihkan seketika.
2. Masukkan cili kisar iaitu cili kering atau cili boh sehingga mendidih sepenuhnya. Kemudian masukkan pes tomyam, jangan kedekut kalau nak masakan tom yam anda lebih sedap dan kaw-kaw.
3. Masukkan ayam atau daging, makanan laut, sotong dan udang. Sila tunggu sehingga ayam masak dan empuk sedikit. Seterusnya masukkan serai yang telah diketuk.
4. Diikuti dengan daun limau purut, lobak merah, pes asam jawa jenama Adabi. Kemudian rasa makanan itu dahulu sama ada masin atau masam semuanya lengkap. Kemudian ditambah dengan garam.
5. Selepas itu putar sayur seperti jagung bayi, bunga kobis dan saderi, cendawan dan tunggu sehingga mendidih.
6. Masukkan tomato dan kacau seketika. Tutup api, masukkan daun ketumbar. Sedia dan mudah bukan?
Menurut Puan Dina, dia tidak pernah memasak tomyam dengan cara menggoreng kerana pes tom yam sudah berminyak begitu juga dengan ayam, jadi gaulkan sahaja.
Saya menambah cili kisar dan cili boh untuk mendapatkan warna merah dan kelihatan cantik serta rasa pedas sedikit. Saya tidak menggunakan perahan limau nipis tetapi menggunakan air asam jawa kerana ia akan lebih sedap, masam dan lebih pekat.
Saya memang suka tomyam, jadi saya try and error berkali-kali sehingga terjumpa cara terbaik dan boleh makan sekeluarga tanpa perlu order di mana-mana kedai.
Jika ada daging sebaiknya masukkan dalam masakan lebih awal, manakala udang atau sotong perlu dimasukkan kemudian bersama-sama sayur kerana sotong dan udang akan cepat masak.
Sayur-sayuran yang jenis keras seperti lobak merah harus dimasukkan pada permulaan memasak berbanding semua sayur-sayuran lain yang dimasukkan kemudian. Tomato adalah yang terakhir kerana ia cepat lembut.
Masakan Lain Yang Mungkin Anda Suka
- Cara Masak Nasi Ayam Hainan Asli
- Masakan Nasi Ayam Thai Viral
- Sotong Goreng Kunyit Sedap
- Kerabu Sotong Campur Mangga
- Daging Masak Merah Best
Kesimpulan
Betapa sukar untuk tidak melakukannya, ia mudah bukan? Malah, masakan tomyam mempunyai pelbagai resipi berbeza yang disediakan oleh mereka yang pakar dalam masakan dengan kreativiti tersendiri untuk menjadikannya lebih sedap.
Antara yang biasa dimasak dan menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah tomyam putih, merah, tanpa santan atau pes, tanpa serai, tiada lengkuas dan pelbagai lagi tetapi resepi tradisional yang paling diminati.
Begitu juga dengan cara memasak dan bahan-bahan lain yang dicampur selain makanan laut, ayam dan daging, ada juga ikan dan sebagainya. Jika anda inginkan kelainan dalam masakan tomyam anda juga boleh menyediakannya sendiri.
Resepi tomyam yang menjadi viral adalah daripada mereka yang pakar dalam bidang masakan seperti Azie Kitchen, Sheila Rusly, Che Nom dan semestinya siam mari juga boleh lihat cara penyediaannya di laman sosial.
Semoga perkongsian resepi tomyam ayam yang sedap dan ringkas oleh Dina Amalina Nordin dapat membantu anda menyiapkannya di rumah dengan jayanya. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
kredit to: Bukitbesi Blog