Rotavirus Dan Langkah Mengatasinya

Rotavirus

Apa Itu Rotavirus? Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit-birit dan muntah yang teruk pada bayi dan kanak-kanak. Virus ini mudah berjangkit di mana-mana tanpa mengira tempat manakala bayi menjadi sasaran utama Rotavirus ini. malah setiap hari kematian akibat penyakit itu dilaporkan di seluruh dunia.

Apa Itu Rotavirus?

Rotavirus ialah virus yang mudah berjangkit melalui sentuhan biasa dan boleh kekal selama beberapa jam pada kulit manusia serta mampu bertahan untuk jangka masa yang lama pada permukaan yang keras.

Malah virus itu boleh bertahan untuk jangka masa yang agak lama dalam najis individu yang dijangkiti. Ia juga merupakan sejenis virus yang menyebabkan gangguan pada bahagian sistem pencernaan manusia.

Gejala dan Tanda-tanda Jangkitan Rotavirus

  • birit
  • Muntah berterusan
  • Sakit perut
  • Demam dan selsema
  • Bau najis terlalu busuk

Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi dalam badan adalah antara punca utama pesakit cirit-birit dan muntah berpanjangan.

Sekiranya pesakit mengalami dehidrasi teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan pada sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, jantung, jangkitan otak dan kegagalan buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit-birit

  • Beri bayi susu ibu untuk mengelakkan
  • Dehidrasi Beri ubat atau cecair yang boleh merawat cirit-birit
  • Amalkan kebersihan asas seperti mencuci tangan dengan betul
  • Berjumpa doktor jika tanda-tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *