Semakan Harga Insurans Motosikal Online (Renew & Perbaharui)

Harga insurans motosikal

Senarai harga insurans motosikal biasanya akan berubah dari semasa ke semasa dari tahun ke tahun dan anda harus memperbaharuinya apabila tiba masanya.

Insurans motor dah expired dan roadtax dah expired, kena renew atas apa jua sebab sebab setiap hari kita kena guna kenderaan.

Untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang atau denda dikenakan kepada pemilik motosikal yang mempunyai insurans dan cukai jalan yang telah mati, sila perbaharui segera.

Kini untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan menjadi mudah kerana boleh dilakukan secara online tanpa perlu ke pejabat pos atau JPJ.

Anda hanya perlu memiliki salinan geran motosikal dan cover note sebagai rujukan sebelum memperbaharuinya secara online mengikut pilihan syarikat yang anda mahukan.

Harga Insurans Motosikal dan Cukai Jalan

Penting untuk anda tahu membandingkan harga insurans motosikal sebelum diperbaharui kerana anda boleh membuat pengiraan untuk sebarang bajet mengikut kemampuan.

Terdapat banyak syarikat insurans di Malaysia yang menawarkan insurans motor termurah yang boleh anda pilih sebelum membuat keputusan.

Namun perlu diingatkan bahawa harga cukai jalan bagi motosikal mempunyai perbezaan harga mengikut enam kategori motosikal iaitu:

  • Motor 150CC ke bawah = RM 2
  • 151CC sehingga 200CC = RM 30
  • 201CC sehingga 250CC = RM 50
  • 251CC sehingga 500CC = RM 100
  • 501CC sehingga 800CC = RM250
  • 801CC ke atas = RM350

Biasanya, apabila insurans motor diperbaharui. Anda juga boleh memperbaharui cukai jalan pada masa yang sama tanpa perlu ke mana-mana pejabat pos dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anda memperbaharui cukai jalan motor di laman web Bjak.my, anda akan ditanya sama ada anda ingin memperbaharui insurans motor secara serentak.

Mengenai harga insurans motosikal, ia berbeza mengikut harga yang ditawarkan oleh syarikat insurans.

Mengikut pengalaman saya sendiri, antara harga insurans motor yang paling murah dan mengikut kemampuan saya ialah Zurich Takaful melalui Bjak.my.

Anda tidak perlu risau tentang cara mendapatkan nota perlindungan insurans motor dan cukai jalan selepas memperbaharui secara online.

Kerana semuanya dibuat oleh syarikat, apa yang perlu dilakukan oleh pemilik motosikal hanyalah memasukkan maklumat motor dan membuat pembayaran.

Semudah ABC dan harga insurans sangat berpatutan dan tidak terlalu membebankan bagi mereka yang berpendapatan rendah di bawah RM1500 sebulan.

Cara Semak Harga Insurans Motosikal

cara beli insurance motor online

Untuk menyemak dan membandingkan harga insurans motor, anda boleh melawati halaman Bandingkan dari MyeG di mana anda boleh membandingkan insurans dengan harga terbaik.

Selain MyEG, terdapat banyak laman web lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama termasuk perbezaan harga untuk insurans motor dan takaful, kereta, atau kenderaan lain.

Di sini kami kongsikan senarai tapak yang boleh anda rujuk dan perbandingan harga berdasarkan bajet dan pendapatan anda serta mengikut kesesuaian.

Baca : Cara Renew Road Tax Motor Secara Online

Jenis-Jenis Insurans Motor

Terdapat beberapa jenis insurans motosikal yang perlu anda ketahui sebelum membuat pilihan serta jenis perlindungan insurans di Malaysia.

Apabila anda membeli mana-mana kenderaan bermotor, anda juga harus membeli insurans motor. Jenis polisi insurans yang biasa adalah seperti berikut:

1. Insurance Third Party (Pihak Ketiga)

Polisi perlindungan pihak ketiga ini berkaitan dengan tuntutan untuk sebarang kehilangan, kerosakan dan kecederaan badan termasuk kematian kepada pihak ketiga yang lain.

Ia juga menyediakan perlindungan insurans yang melindungi sebarang kerosakan kenderaan yang dialami oleh mangsa kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan anda.

Namun, anda perlu tahu sekiranya kenderaan anda sendiri mengalami kerosakan dalam kemalangan, insurans jenis ini tidak menanggung kerugian.

2. Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Polisi insurans jenis ini mempunyai kelebihan berbanding yang pertama kerana ia menyediakan insurans terhadap tuntutan pihak ketiga dan kenderaan anda sendiri.

Ia termasuk tuntutan untuk kecederaan, kerugian, kerosakan harta benda dan kematian pihak ketiga serta akibat kebakaran atau kecurian yang tidak disengajakan.

3. Insurance Komprehensif

Insurans komprehensif adalah insurans terbaik kerana perlindungan yang ditawarkan meliputi pihak ketiga termasuk pemilik motor atau kenderaan.

Ini termasuk sebarang kehilangan, kecederaan atau kematian pihak ketiga atau kerosakan harta benda, kecurian dan kebakaran yang tidak disengajakan.

Maksudnya, insurans komprehensif bukan sahaja melindungi kerugian kepada pihak ketiga tetapi juga menanggung kos membaiki kenderaan pemilik.

Pengecualian dan Penambahan

Biasanya, terdapat jenis standard insurans motor yang tidak melindungi jenis kerugian tertentu seperti kematian dan kecederaan diri akibat kemalangan motor.

Ia termasuk liabiliti untuk tuntutan daripada penumpang yang turut menaiki kenderaan anda tidak termasuk penumpang teksi, bas atau kenderaan sewa.

Malah, sesetengah insurans tidak melindungi sebarang kerosakan atau kerugian akibat bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh.

Tetapi, untuk mendapatkan perlindungan tersebut anda boleh membuat penambahan perlindungan bencana alam dengan membayar premium tambahan.

Polisi perlindungan insurans tambahan yang boleh dibuat adalah untuk diri sendiri dan juga semua penumpang kenderaan anda

Kesimpulan

Kerana itu, adalah sangat penting untuk membuat semakan menyeluruh sebelum membeli apa-apa jenis insurans motor atau kereta termasuk perbandingan harga yang mahal atau murah.

Semoga perkongsian tentang semakan harga insurans motor dan cukai jalan ini sedikit sebanyak membantu anda membuat keputusan yang tepat sebelum membuat pembelian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.