Senarai Bantuan Pinjaman Perniagaan (Modal Bisnes Usahawan 2020)

pinjaman perniagaan

Jika anda seorang usahawan yang ingin berniaga sendiri atau ingin berniaga tetapi tidak cukup modal, jangan risau kerana Kerajaan Malaysia menyediakan bantuan pinjaman perniagaan khas untuk peniaga.

Apa jua jenis perniagaan yang anda ceburi sama ada perkhidmatan, pertanian, makanan, pelancongan, produk sendiri dan sebagainya, anda boleh memohon bantuan pinjaman perniagaan untuk berniaga.

Usahawan baru atau lama yang memerlukan bantuan modal dan kewangan serta inginkan pembiayaan perniagaan masih boleh memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan memohon bantuan perniagaan kerajaan yang menawarkan pinjaman sehingga RM5 juta.

Senarai Bantuan Pinjaman Perniagaan 2020

Bantuan ini khas untuk usahawan atau pemilik perniagaan yang masih mencari pinjaman perniagaan dan tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan modal perniagaan sebelum memulakan atau berniaga tetapi kekurangan wang.

bantuan perniagaan untuk peniaga

Di bawah adalah senarai bantuan perniagaan iaitu pinjaman kewangan dari Malaysia yang boleh dipohon oleh semua usahawan yang menjalankan perniagaan atau ingin berniaga tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi.

1. Pinjaman Perniagaan TEKUN Nasional

TEKUN Nasional atau Yayasan TEKUN Nasional adalah sebuah agensi yang diuruskan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang mewujudkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan dengan cepat dan mudah untuk semua usahawan.

pinjaman perniagaan tekun

Terdapat 5 jenis skim pinjaman perniagaan TEKUN ditawarkan kepada usahawan Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan atau memajukan lagi perniagaan mereka.

  • TEKUN Nasional
  • Teman TEKUN
  • TemanNita Program Pembiayaan
  • Skim Pembiayaan Kontra-i Pinjaman
  • AR-RAHNU TEKUN

ditawarkan dengan jumlah antara RM10,000 hingga RM100,000 untuk tempoh 5 hingga 10 tahun. Untuk maklumat lanjut dan cara memohon TEKUN, layari TEKUN Nasional.

2. Bantuan Perniagaan PROSPER PUNB

bantuan pinjaman bisnes PUNB

PROSPER ialah produk pembiayaan kewangan atau bantuan perniagaan berasaskan syariah daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pinjaman yang disediakan sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran balik selama 7 tahun.

Pada masa sama, PUNB turut menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan yang ditawarkan kepada calon yang layak. Layari portal PUNB untuk maklumat lanjut.

3. Pinjaman Perniagaan SUPERB TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) merupakan unit paling strategik yang terdapat di Jabatan Perdana Menteri dengan matlamat untuk menerajui, memacu dan menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

skim usahawan permulaan superb teraju

Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU telah menyediakan geran berjumlah RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang kreatif dan inovatif.

Ia juga merupakan pembiayaan kewangan atau memberi pinjaman untuk membantu usahawan atau syarikat memulakan perniagaan (start-up) dengan dana terkumpul sebanyak RM100 juta.

Sebarang pertanyaan berkaitan cara memohon atau membuat permohonan SUPERB, anda perlu melayari laman web rasmi www.teraju.gov.my.

4. Bantuan Perniagaan Dana TERAS TERAJU

Ditubuhkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada usahawan atau pemilik perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

teras teraju bumiputera

Pembiayaan dalam bentuk kewangan yang disediakan adalah di bawah Dana Teras untuk modal kerja dan juga pembelian aset. Dana itu juga disediakan dengan kerjasama TERAJU dan institusi kewangan yang diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

Menurut laporan itu, sehingga Disember 2017, sebanyak 908 syarikat di Malaysia telah menyertai program Teras dan sejumlah RM1.42 bilion pembiayaan kewangan telah pun diluluskan dan diberikan kepada usahawan terbabit.

Bagaimanapun, Dana Teras hanya dikhaskan atau terbuka kepada usahawan yang memiliki syarikat dan menyertai program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi.

5. Pinjaman Perniagaan MARA

bantuan pinjaman perniagaan mara

Bantuan perniagaan MARA atau Majlis Amanah Rakyat telah mewujudkan skim pinjaman perniagaan dengan pembiayaan RM5 juta. MARA turut menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu perniagaan yang dijalankan:

  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  • Kemudahan Pembiayaan Perniagaan OKU
  • IPMA Skim Pembiayaan Perniagaan Siswazah (SEMAi)
  • Skim (SJUM)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA. (MEGS)
  • Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)

Untuk memohon dan maklumat lanjut berkaitan bantuan perniagaan MARA dan setiap skim yang ditawarkan, sila layari laman web rasmi MARA.

6. Program Peningkatan Kapasiti Dan Keupayaan PKS(BAP)

SME Corp. Malaysia menyediakan Program Pembinaan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang merupakan skim bantuan bersepadu untuk meningkatkan kapasiti PKS, termasuk perusahaan mikro, melalui khidmat nasihat perniagaan dan bantuan kewangan.

bantuan perniagaan sme corp

Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembinaan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa.

BAP menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran padanan dan skim pinjaman mudah untuk membantu PKS merebut peluang pertumbuhan perniagaan baharu.

SME Corp. Malaysia bekerjasama dengan SME Bank dan Bank Rakyat untuk menyediakan pinjaman mudah yang ditawarkan di bawah BAP. Sementara itu, geran yang sama disediakan oleh SME Corp. Malaysia.

Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp Malaysia untuk maklumat lanjut.

Baca : Ringkasan Tentang Auto Loan Moratorium

Semoga perkongsian senarai bantuan pinjaman perniagaan kerajaan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan modal perniagaan daripada organisasi atau agensi yang terlibat untuk anda meneruskan perniagaan menjana pendapatan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.