Senarai Jawatan Kerja Kerajaan Lepasan SPM & Sijil (SPA)

Senarai Jawatan Kerja Kerajaan Lepasan SPM

Dikongsi senarai jawatan kerajaan lepasan SPM untuk anda yang berminat untuk memohon pekerjaan di sektor perkhidmatan awam dan pastikan anda mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dengan kelulusan yang diperlukan.

Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menawarkan pelbagai jawatan kosong kerajaan yang mungkin sesuai untuk anda yang telah tamat menduduki peperiksaan tingkatan lima.

Untuk memohon senarai jawatan yang ditunjukkan, anda mendaftarkan maklumat peribadi, latar belakang dan kelulusan anda dalam subjek tersebut berserta keputusan peperiksaan yang diperolehi di portal rasmi SPA.

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM dan Sijil Tahun 2022

Jawatan SPA Portal Online

Berikut adalah senarai jawatan kosong mengikut gred gaji sektor awam yang terdapat di portal SPA yang boleh anda mohon secara online bagi anda yang mempunyai kelayakan SPM, SVM dan Sijil:

  • Juruaudio Visual Gred N19
  • Jurubahasa Gred LA19
  • Jurulatih Kawad Gred S19
  • Jururawat Masyarakat Gred U19
  • Juruteknik Komputer Gred FT19
  • Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  • Juruteknik Perubatan Gred U19
  • Merinyu Tali Air Gred Gred J19
  • Pegawai Bomba Gred KB19
  • Pegawai Imigresen Gred KP19
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  • Pegawai Penjara Gred KA19
  • Operator Wayarles Gred N19
  • Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
  • Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19
  • Pembantu Akauntan Gred W19
  • Pembantu Antidadah Gred S19
  • Pembantu Arkib Gred S19
  • Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
  • Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
  • Pembantu Geosains Gred C19
  • Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  • Pembantu Juruaudit Gred W19
  • Pembantu Hidupan Liar Gred G19
  • Pembantu Kemahiran Gred H19
  • Pembantu Kesatria Gred S19
  • Pembantu Keselamatan Gred KP19
  • Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  • Pembantu Laut Gred A19
  • Pembantu Makmal Gred C19
  • Pembantu Meteorologi Gred C19
  • Pembantu Makmal Filem Gred C19
  • Pembantu Muzium Gred S19
  • Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
  • Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
  • Pembantu Pendaftaran Gred KP19
  • Pembantu Penerangan Gred S19
  • Pembantu Penerbitan Gred N19
  • Pembantu Penguasa Kastam Gred W19
  • Pembantu Penilaian Gred W19
  • Pembantu Penyelidikan Gred Q19
  • Pembantu Laut A19 SPM/SVM
  • Pemeriksa Kereta Motor AB19 SPM/SVM
  • Pembantu Makmal C19
  • Pembantu Geosains C19
  • Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 SPM
  • Pembantu Pegawai Latihan E19 SPM
  • Pembantu Perangkaan E19
  • Juruteknik Komputer FT19 SPM/SVM
  • Pembantu Perikanan G19/SVM
  • Pembantu Veterinar G19/SVM
  • Pengawas Hutan G19
  • Pembantu Hidupan Liar G19
  • Pembantu Kemahiran H19/SVM
  • Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19
  • Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
  • Penjaga Jentera Elektrik J19
  • Pegawai Bomba KB19
  • Pegawai Imigresen KP19
  • Pembantu Pendaftaran KP19 SPM
  • Pembantu Pertahanan Awam KP19
  • Pembantu Penguat Kuasa KP19
  • Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19
  • Jurubahasa LA19
  • Pembantu Syariah LS19
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  • Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  • Pemeriksa Cap Jari N19
  • Juruaudio Visual N19
  • Operator Wayarles N19
  • Pegawai Khidmat Pelanggan N19
  • Pembantu Penerbitan N19
  • Penyelia Asrama N19
  • Pembantu Penyediaan Makanan N19/SVM
  • Pembantu Penyelidik Q19/SVM
  • Pembantu Hal Ehwal Islam S19
  • Pembantu Arkib S19
  • Pembantu Pemuliharaan S19
  • Pembantu Muzium S19
  • Pembantu Pustakawan S19
  • Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
  • Pembantu Belia dan Sukan S19
  • Pembantu Perhubungan Perusahaan S19
  • Pembantu Penerangan S19
  • Pembantu Antidadah S19
  • Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim (Laskar Kelas II Maritim) T1/SVM
  • Jururawat Masyarakat U19
  • Pembantu Pembedahan Pergigian U19
  • Pembantu Kesihatan Awam U19
  • Juruteknik Perubatan U19 SPM
  • Pembantu Akauntan W19
  • Pembantu Penilaian W19
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  • Pembantu Penguasa Kastam WK19
  • Pembantu Keselamatan KP19
  • Pegawai Penjara KA19

Syarat dan Kelayakan Permohonan Jawatan SPA

Untuk makluman, setiap permohonan jawatan kerajaan di portal SPA adalah berdasarkan kelulusan akademik setiap pemohon dan berikut antara maklumat yang perlu anda ketahui sebelum membuat permohonan:

  • PMR
  • SPM / SPMV & Sijil
  • STPM
  • Diploma
  • Ijazah / Sarjana / PHD
  • Kelayakan Bakat
  • Latihan Separa Perubatan
  • Suruhanjaya Pasukan Polis

Manakala bagi tujuan perlantikan sebelum diserapkan ke dalam perkhidmatan awam, setiap calon yang ingin memohon hendaklah memiliki kelayakan SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan berikut:

1. Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran berada di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.

2. Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran berada di peringkat Kepujian dan selebihnya Lulus dikutip dalam dua peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

3. Juga memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan mata pelajaran tertentu seperti yang dikehendaki dalam skim perkhidmatan yang ditetapkan.

4. Calon yang mempunyai Sijil SVM layak dipertimbangkan bagi lantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang sesuai yang memerlukan SPM/SVM.

Untuk makluman, semua jawatan yang ditawarkan oleh SPA di atas boleh dipohon melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) https://spa9.spa.gov.my dan anda perlu mendaftar dahulu sekiranya belum mendaftar.

Kesimpulan

Semua maklumat di atas diambil dari laman web rasmi SPA yang mengiklankan kerja kosong bagi jawatan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia.

Diharap perkongsian senarai jawatan kosong kerajaan ini dapat membantu anda membuat pilihan dan keputusan untuk memohon perkhidmatan di sektor awam di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.