Senarai Kod Negeri Kelahiran Kad Pengenalan (MyKad & IC)

Senarai Kod IC MyKad Mengikut Negeri Kelahiran

Jika anda sedang mencari senarai kod negeri kelahiran untuk kad pengenalan Malaysia yang juga dipanggil kod ic negeri, kami kongsikan perkara tersebut bagi memudahkan urusan anda berkaitan dengannya.

Dengan paparan panduan ini terdapat di portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, ia mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi atau pencarian anda pasti akan berakhir di sini.

Untuk makluman, setiap negara di dunia mempunyai kad pengenalan iaitu kad pengenalan untuk menentukan kewarganegaraan seseorang dan turut dilengkapi ciri keselamatan dengan kualiti kad terbaik.

Mempunyai ic yang berfungsi sebagai pengenalan akan memudahkan semua orang untuk pergi ke mana-mana kerana dengan kad ini setiap perjalanan anda akan direkodkan oleh pihak berkuasa untuk setiap negara.

Senarai Kod Lahir Kad Pengenalan MyKad Malaysia

Tahukah anda bahawa kad pengenalan pertama dikeluarkan pada tahun 1948 bertujuan membendung ancaman komunis dan dikenali sebagai Kad Beras ketika itu yang dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu.

Semua kad pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN berserta nombor membawa maksud tersendiri iaitu nombor di awal nombor merujuk kepada tahun, diikuti bulan lahir dan tarikh lahir.

Manakala nombor di tengah-tengah kad pengenalan seperti contoh ini 760112-02-5729 iaitu 02 adalah kod negeri kelahiran seseorang berdasarkan negeri tempat individu itu dilahirkan.

Berikut adalah kod kelahiran negeri yang tertera dalam semua kad pengenalan MyKad yang terdapat di Malaysia yang diambil dari laman web JPN berdasarkan setiap negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

Kod IC MyKad

NegeriKod MyKad
Johor01, 21, 22, 23, 24
Kedah02, 25, 26, 27
Kelantan03, 28, 29
Melaka04, 30
Negeri Sembilan05, 31, 59
Pahang06, 32, 33
Pulau Pinang07, 34, 35
Perak08, 36, 37, 38 , 39
Perlis09, 40
Selangor10, 41, 42, 43, 44
Terengganu11, 45, 46
Sabah12, 47, 48, 49
Sarawak13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan)15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya)16
Negeri Tidak Diketahui82

Ciri-Ciri Keselamatan MyKad

Kod Kelahiran MyKad

Cetakan Pelangi
Cetakan yang boleh bertukar warna daripada warna merak kepada ungu mengikut sudut tertentu.

Nombor MyKad Pelancong Laser
Mengelakkan nombor MyKad daripada mudah rosak atau mudah ditoreh.

Perlindungan Anti-Salinan
Mengelakkan MyKad daripada mudah dicetak semula oleh pihak tertentu.

Corak Guilloche
Mempunyai corak pada latar belakang MyKad

Sinaran UV Pelbagai Warna
Variasi warna tersedia pada kad tulen

Info Tambahan

Sekiranya anda mempunyai sebarang urusan di JPN setiap negeri, anda boleh rujuk senarai cawangan yang disediakan di bawah jika berkaitan kad pengenalan dan sebagainya serta perlu ke mana-mana cawangan berhampiran tempat tinggal anda.

Diharap perkongsian senarai kod kad kelahiran bagi kad pengenalan MyKad di Malaysia dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda.

kredit to: Bukitbesi Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.